/Berikutan ‘sudden enlistment’, ini coretan hati Yoon Doo Joon buat peminat

Berikutan ‘sudden enlistment’, ini coretan hati Yoon Doo Joon buat peminat

Setelah Around Us Entertainment mengesahkan bahawa Yoon Doo Joon akan mendaftarkan diri untuk memulakan khidmat tentera dalam keadaan yang tidak dijangka,  ini coretan dari hati beliau untuk para peminat.

Surat tulisan tangan dari Doojoon berbunyi seperti berikut:

“Hello, ini Doojoon.

“Anda pasti terkejutkan? Saya juga terkejut, tetapi tidak sebanyak anda semua. Akhirnya, untuk menunaikan kewajipan tentera saya pada usia lewat ini, saya harus segera pergi. Saya mahu pergi lebih awal, jadi saya gembira kerana saya akhirnya boleh melepaskan beberapa tekanan itu.

Apa yang menyedihkan serta mengganggu fikiran saya adalah, saya harus pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal yang sempurna. Ia benar-benar menyakitkan hati saya.

Terima kasih kepada Light (fanclub Highlight), kerana anda saya dapat menikmati kehidupan saya sebagai selebriti selama hampir 10 tahun. Dalam kehidupan yang tidak terjangka ini, saya dapat merasai pelbagai perasaan seperti kebahagiaan, kesedihan dan banyak lagi. Terima kasih kepada anda semua kerana berikan kenangan istimewa selama ini kepada saya.  . Anda telah bersama saya

Anda bersama dengan saya selama sepertiga hidup saya, dan terus berikan sokongan serta galakan buat saya. Saya sangat bersyukur dan terima kasih kerana atas segalanya. Semua ini adalah satu penghormatan buat saya.

Saat ini, saya merancang untuk memulakan babak ketiga dalam hidup saya. Kepada rakan-rakan kumpulan Highlight, keluarga, kawan-kawan, pihak syarikat  dan team drama yang menyokong saya, saya mohon maaf, dan saya bersyukur serta berterima kasih.  Saya harap anda semua akan kekal sihat.

Akhir sekali, kepada para peminat yang saya sayangi.  Sentiasa beri keutamaan kepada kesihatan anda dan saya harap anda akan gembira dan sihat selalu. Terima kasih dan jumpa lagi.

Dari 1/5 kumpulan Highlight, Doojoon. “

Yoon Doojoon akan memulakan khidmat tentera wajibnya pada 24 Ogos.

Kami akan merindui anda Doojoon!

Sumber : AroundUsEnt

Kredit foto : melting planet

Komentar

comments

loading...