/Yoon Doojoon segera ‘enlist’, drama Let’s Eat 3 dipendekkan

Yoon Doojoon segera ‘enlist’, drama Let’s Eat 3 dipendekkan

Sesuatu yang tidak dijangka, apabila Yoon Doojoon akan mendaftar masuk ke khidmat ketenteraan dalam minggu ini juga.

Pada 22 Ogos, agensinya Around Us Entertainment mengesahkan melalui satu pernyataan rasmi, “Ketua kumpulan Highlight,  Yoon Doojoon baru-baru ini telah menerima notis draf ketenteraannya dan akan memulakan tugas aktif pada 24 Ogos 2018 (Jumaat).”

Kenyataan itu bersambung, “Anda pasti terkejut dengan berita pendaftaran ketenteraan Yoon Doojoon ini, di mana beliau tanpa henti bekerja  sejak debut pada tahun 2009. Beliau juga sangat terkejut dengan notifikasi pendaftaran yang mendadak. Bagaimanapun, Yoon Doojoon akan membintangi drama Let’s Eat 3 yang masih bersiaran sehingga ke penamat drama tersebut dengan penuh semangat, disamping bersedia dari segi fisikal dan minda untuk memenuhi kewajipannya sebagai seorang warganegara Korea untuk menunaikan khidmat tentera. “

“Kami mohon maaf kerana tidak memaklumkan anda mengenai perkara ini lebih awal dan menyebabkan anda mendapat tahu berita ini melalui media hiburan. Kami amat berharap peminat semua dapat memahami situasi yang terjadi. Sila berikan sokongan tanpa henti buat Yoon Doojoon yang sentiasa memberikan keutamaan serta tumpuan kepada keluarganya, kumpulan, dan peminat dari debut sehingga kini, agar beliau akan menjalani perkhidmatannya  dalam keadaan baik dan kembali semula sebagai seorang yang lebih matang dan hebat , “Sekitar Kami Hiburan menyimpulkan.

Seperti yang dikehendaki, Yoon Doojoon akan mendaftar secara senyap, jadi lokasi dan masa pendaftarannya tidak akan didedahkan. Beliau akan melengkapkan latihan asas selama lima minggu bermula pada 24 Ogos ini dan seterusnya akan memulakan tugas rasminya sebagai seorang askar aktif .

Drama “Let’s Eat 3,” yang dibintangi oleh Yoon Doojoon, telah mengumumkan bahawa drama itu telah dipendekkan dari 16 episod kepada 14 episod. “Kami telah selesai mengedit skrip berdasarkan penceritaan yang dirancangkan untuk 16 episod.  Ianya dipendekkan kerana kami fokus dan memberi tumpuan kepada beberapa bahagian penting, jadi tiada sebarang perubahan plot cerita” jelas wakil produksi pengeluaran.

Apa yang dapat disimpulkan, team Let’s Eat 3 mengharapkan kerjasama serta pemahaman daripada para peminat drama ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua,

Kami di KMania mengucapkan selamat menjalani khidmat ketenteraan kepada Yoon Doojoon!

Sumber : AroundUsEnt | Naver

Komentar

comments

loading...