/Park Bo Young tanpa waswas terus setuju bintangi drama tvN Abyss

Park Bo Young tanpa waswas terus setuju bintangi drama tvN Abyss

Sesetengah pelakon wanita mungkin mengambil masa untuk menimbangkan tawaran diberikan kepadanya, tetapi ianya mungkin tidak berlaku pada Park Bo Young apabila pelakon bertubuh cilik ini terus mengumumkan projek drama terbarunya bersama cenel tvN berjudul ‘Abyss’.

Park Bo Young yang pernah Best Actress 3rd CARI Kdrama Awards ini memilih ‘Abyss’ untuk menjayakan watak seorang pendakwaraya yang cantik dan berkarisma pada asalnya sehingga pada satu ketika berubah kepada penampilan yang buruk di mata masyarakat sekeliling. Sementara itu, muncul pula seorang lelaki sangat tampan tetapi diragui identitinya yang mana dia sebenarnya seorang yang hodoh selama ini. Park Bo Young cuba menyiasat kejadian berkenaan sehingga membawakannya pada hubungan cinta.  Cerita ini dikatakan menggabungkan ciri-ciri yang ada pada perwatakan dibawanya sebelum ini di dalam jtbc Strong Woman Do Bong Soon dan tvN Oh My Ghost dari segi penampilan luaran yang comel tapi sebenarnya tampak kuat, azam tinggi dan berkarisma.

“Ketika sedang memikirkan senario tertentu di dalam pelbagai filem dan drama, saya telah memutuskan untuk kembali semula dengan mewujudkan suasana unik yang akan melangkaui jangkaan sehingga membuatkan saya berasa seronok menjayakan watak tersebut ,” tambah Park Bo Young mengesahkan penglibatannya di dalam drama tersebut.

Tiada maklumat tentang pengarah mahupun senarai pelakon selain Park Bo Young. tvN Abyss dikatakan ditulis oleh Moon Soo Hyun yang pernah berkarya dengan drama bersiri Rude Miss Young Ae dan dijangka disiarkan menjelang tahun 2019.

Sumber:  OSEN

 

Komentar

comments

Admin Kmania.