Abang kacak bernama ‘Tsuda’ ini sebenarnya pelakon Korea

Penonton mungkin tak menjangkakan pelakon yang memegang watak ‘Tsuda’ di dalam drama bersiri tvN Mr. Sunshine sebenarnya merupakan pelakon berasal dari Korea Selatan. Fasih berbahasa Jepun selain memiliki rupa seakan-akan orang Yayoi Jepun, Lee Jung Hyun jelas telah berjaya mengaburi mata penonton dengan lakonan penuh berkesan sebagai Tsuda Hassa.

Dalam temubual dibuat di dalam SBS Full Entertainment semalam, pengalaman belajar selama setahun di Jepun telah membantunya menjayakan watak dibawakan tersebut. “Terima kasih kerana berikan saya lebih perhatian dan percaya saya  seperti orang Jepun di dalam drama itu ,” katanya. Ini merupakan debut Lee Jung Hyun di dalam industri drama korea setelah berkarya sebagai pelakon pembantu di dalam beberapa buah filem.

Tsuda Hassa, merupakan watak yang sering berkonfrontasi dengan Eugene Choi (lakonan Lee Byung Hyun) kerana menakut-nakutkan rakyat berketurunan Korea di dalam tvN Mr. Sunshine. Lebih membuatkan penonton membentak dengan penuh emosi, Tsuda Hassa mengugut akan membunuh sesiapa saja cuba menggulingkan kerajaan tentera Jepun. Caranya membidik senapang dengan gaya ‘bad boy’ yang bengis dan kejam dipuji penonton kerana mengingatkan mereka pada kekejaman askar Jepun pada masa penjajahan Jepun ke atas Korea.

Lee Jung Hyun menyertai program Hari Kemerdekaan Negara pada 15 Ogos ini sempena meraikan pembebasan Korea Selatan dari tangan penjajah, sekaligus membuktikan dia sebenarnya ialah rakyat Korea Selatan, bukannya ‘Tsuda’ di dalam drama tersebut. Drama tvN Mr. Sunshine boleh disaksikan menerusi cenel Netflix setiap Sabtu dan Ahad.

Sumber: OSEN

 

Komentar

comments

You may also like...