/J-Event : [ALEXANDROS] Live in Kuala Lumpur 2018

J-Event : [ALEXANDROS] Live in Kuala Lumpur 2018

Hello /  Konnichiwa   / こんにちは

Berita baik buat pencinta muzik dan peminat muzik Jepun khasnya. Toybox Projects begitu teruja untuk mengumumkan kehadiran buat julung kalinya kumpulan J-ROCK popular dari Jepun, [ALEXANDROS], ke Kuala Lumpur. Band ini juga akan menjelajah  Amerika Syarikat, dan Kuala Lumpur adalah SATU-SATUNYA destinasi mereka di Asia Tenggara! Konsert ini akan diadakan pada 22 September 2018 (Sabtu) di KL Live, jam 8 malam.

[ALEXANDROS] juga akan mengadakan sesi perjumpaan dengan peminat secara eksklusif, tetapi hanya terhad kepada pemegang tiket VIP sahaja! Mereka akan memberikan yang terbaik untuk berjumpa dengan para peminat! Pemegang tiket VIP berpeluang untuk sessi bertemu-ramah dengan [ALEXANDROS], mengambil gambar secara berkumpulan, dapat poster konsert yang telah ditandatangan dan yang paling utama, anda akan diberi keutamaan untuk masuk ke lokasi konsert mereka.

Siapa [ALEXANDROS]?

[ALEXANDROS], dahulunya dikenali sebagai Champagne, adalah sebuah kumpulan rock dari Jepun. Band ini ditubuhkan pada tahun 2007 dan dianggotai oleh: Yoohei Kawakami  (vokal dan gitar), Hiroyuki Isobe  (bass dan vokal sokongan), Masaki Shirai (gitar) dan Satoyasu Shomura (drum). Band ini menampilkan muzik alternatif campuran dan hard rock dengan element pop punk dan emo, memberikan mereka bunyi kontemporari yang membawa mereka kepada pasaran muzik yang luas. Mereka kini menandatangani kontrak dengan Universal Music Japan dan merupakan salah satu kumpulan yang semakin meningkat naik dalam arena muzik rock Jepun saat ini.

[ALEXANDROS] juga menyampaikan lagu-lagu dalam bahasa Jepun dan Inggeris, yang menjadikan muzik mereka mudah diakses oleh audience diperingkat global. Penglibatan mereka untuk meluaskan pasaran muzik mereka adalah disebabkan setiap dari mereka punya pengalaman hidup di luar negeri dan berbilang bahasa; kemahiran dan kecekapan mereka juga dicurahkan serta ditonjolkan dalam seni muzik mereka. Baru-baru ini, [ALEXANDROS] telah menyanyikan lagu tema untuk filem anime popular ‘BLEACH’ yang dikeluarkan pada bulan Julai lalu. Jom ikuti klip video band ini.

 [ALEXANDROS] – Mosquito Bite (Full MV)

[ALEXANDROS] Live in Kuala Lumpur 2018

[ALEXANDROS] Live in Kuala Lumpur di bawakan oleh  Toybox Projects; ditaja oleh Inherit (Official Fashion Brand); Marion Crêpes Malaysia (Official Dessert); Red Bull (Official Energy Drink); Crypto Ninja (Official Blockchain Game), Pavilion Kuala Lumpur (Official Shopping Mall); Rentak Sejuta (Official Online Media); M-Town (Official Media) dan MTV Asia (Official Music Channel).

Harga tiket untuk konsert ini adalah seperti berikut; RM438 (VIP Standing) / RM438 (VIP Seating) / RM268 (Zone A) / RM218 (Zone B) / RM138 (Zone C).  Harga tiket tidak termasuk bayaran pemprosesan dan pengendalian yang lain. Tiket-tiket akan mula dijual pada  20 Ogos 2018, 10.00 pagi di www.ticketcharge.com.my . Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan ticketcharge, anda boleh hubungi  +603 9222 8811 (Kuala Lumpur) / +604 645 9811 (Penang). Pra jualan untuk Early Bird akan diadakan di Tokyo Street, Pavilion KL pada 18 Ogos 2018 dari 12pm – 4pm.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman rasmi Toybox Projects di  https://www.toyboxprojects.com/alexandros-2018 atau FB Toybox Project. FB Selain itu, untuk kenali [ALEXANDROS] dengan lebih lanjut lawati mereka di https://alexandros.jp/

Komentar

comments

loading...