Isteri tercinta Eric Shinwa, Na Hye Mi kembali dengan drama baru

Cukup sudah setahun berbulan madu, akhirnya pelakon Na Hye Mi mengambil keputusan untuk meneruskan kerjaya lakonan menerusi drama mingguan KBS My Only One sebagai pelakon pembantu yang turut dibintangi oleh UEE dan Lee Jang Woo. Keputusan ini diambil setelah berbincang dengan suami yang dikasihi, Eric Moon daripada kumpulan Shinwa yang terserlah dengan drama korea seperti tvN Another Oh Hae Young dan MBC Super Rookie. Kedua-dua mempelai ini mengejutkan para media dan peminat Shinwa terutamanya, apabila mengumumkan bahawa mereka sudah lama bertaut kasih selama 4 tahun sebelum secara rasmi mengikat tali perkahwinan pada 1 July 2017.

Na Hye Mi dikatakan akan memacu watak sebagai adik kepada Kim Do Ran (“UEE”) bernama Kim Mi Ran. Kim Mi Ran seorang gadis yang degil dan bebal membesar dalam keadaan tidak mengenali kesusahan hidup di dunia ini. Perwatakannya adalah sangat kontra terhadap kakaknya tetapi kehadiran mereka mewujudkan suasana kekeluargaan yang ceria dan seimbang.

“Saya sangat berbangga diberi peluang oleh pengarah dengan sekali ‘audition’ saja. Saya akan memastikan dapat pamerkan lakonan yang terbaik ,” kata Na Hye Mi kepada wartawan OSEN.

KBS My Only One berkisarkan tentang Kim Do Ran yang mempunyai personaliti yang hebat tetapi didugai dengan masalah kewangan. Kemunculan ayah kandungnya, Kang Soo Il selepas 28 tahun telah mengubah hidupnya 360 darjah. Drama ini dijangka disiarkan pada hari Sabtu dan Ahad menjelang 15 September ini.

Sumber: OSEN

Komentar

comments

You may also like...