/Park Ki Woong sertai Ha Ji Won & Jin Goo di dalam ‘Prometheus’

Park Ki Woong sertai Ha Ji Won & Jin Goo di dalam ‘Prometheus’

Pemenang Best Supporting Actor 1st CARI Kdrama Awards ini telah mengesahkan penglibatannya di dalam drama bersiri risikan “Prometheus” yang turut menggandingkan Ha Ji Won dan Jin Goo bersama. Park Ki Woong akan membawa watak sebagai ahli pasukan skuad “Special Force” Korea Utara bernama Choi Yeong Soo bagi tujuan merisik musuh negara.  Choi Yeong Soo dikatakan terlampau membenci Park Hoon (lakonan Jin Goo) sehingga berazam untuk membunuhnya kerana menyangkakan Park Hoon mengkhianati negara.

Drama “Prometheus” bermula dengan Park Hoon yang mengalami kejadian tak diduga semasa tinggal di Russia sehingga menyebabkan dia terpaksa bekerja sebagai buruh di Korea Selatan. Hidupnya sukar di sana kerana mahu membuktikan dirinya tak terlibat dalam komplot peperangan nuklear antara Korea Utara dan Korea Selatan. Di Korea Selatan, Park Hoon menemui seorang agen risikan yang cantik bernama Chae Eun Seo (lakonan Ha Ji Won), pegawai risikan berpangkat 2 yang mahu menjayakan misi memusnahkan program nuklear Korea Utara.

Acara pelancaran misil nuklear oleh Korea Utara pada beberapa tahun dahulu, disaksikan pemimpin agung mereka, Kim Jong Un.

Park Hoon akhirnya menjadi ‘double agent’ bertindak untuk meneutralisasikan ketegangan berhubung program nuklear antara kedua-dua negara. Dalam misi tersebut, Chae Eun Seo dan Park Hoon ditugaskan menyamar sebagai “suami isteri” di tanah Korea Utara dalam operasi dinamakan sebagai Prometheus untuk mencari sekumpulan saintis berpengaruh di Korea Utara yang terlibat dalam teknologi senjata nuklear. Saintis itu dilaporkan “hilang” tiba-tiba di Pakistan. Lantaran daripada itu, beberapa negara turut menjalankan misi untuk mendapatkan mereka sebelum dijumpai oleh pemimpin negara mereka dari Korea Utara. Dalam melakukan penyamaran itu, mereka agak terganggu seketika dengan kehadiran seorang wanita misteri bernama Song Chae Yool sehingga menyebabkan mereka terpaksa berhadapan dengan bahaya berulang-ulang kali. Tak dijelaskan siapakah bakal memegang watak Song Chae Yool tersebut.

Drama ini belum diputuskan cenel manakah bakal menjadi penyiar, tapi berkemungkinan besar ialah MBC disebabkan nama Ha Ji Won yang agak sinonim dengan agensi penyiar berkenaan. Prometheus dijangka disiarkan pada penghujung tahun ini.

Sumber: is plus

Komentar

comments

Admin Kmania.