/Mampukah ‘Killing Me’ tandingi kehebatan ‘Love Senario’?

Mampukah ‘Killing Me’ tandingi kehebatan ‘Love Senario’?

IKON sememangnya telah pun menyambung legasi kumpulan hip hop paling popular di Korea, Big Bang dengan keluaran single-single yang mantap dan diterima ramai. Siapa dapat melupakan lagu ‘Love Senario’ dilancarkan pada Januari lepas sehingga meninggalkan kesan mendalam pada peminat-peminat dalam kalangan remaja sekolah. ‘Love Senario’ berjaya kekal ditangga pertama dalam carta digital Gaon selama enam minggu mengatasi rekod yang dipegang oleh ‘Gangnam Style’ oleh Psy dan ‘Good Day’ oleh IU serta mengekalkan keberadaan selama 46 minggu di dalam carta muzik melon, satu pencapaian sangat mengagumkan buat permulaan karier mereka pada tahun 2018 ini. Lebih menggemparkan lagi, ketularannya turut menggesa kerajaan melalui menteri pendidikan mengambil langkah untuk menghalang pelajar menyanyikan lagu berkenaan semasa sesi pembelajaran. Begitu dasyatnya penangan ‘Love Senario’!

https://www.youtube.com/watch?v=vecSVX1QYbQ

Mengikut pemerhati muzik , ‘Love Senario’ mendapat perhatian meluas kerana melodinya yang mudah untuk diingati dan membuatkan pendengarnya ‘terikat’ dengannya untuk menyanyikan lagu itu beramai-ramai. Atas sebab itu, ‘Love Senario’ melekat di hati remaja persekolahan kerana kerancakannya di sebalik sudut emosi yang diketengahkan dalam kematangan lirik berentak hip hop yang disampaikan.  Menurut B.I., Jin Hwan dan Bobby, penggubah lagu ini yakni ahli-ahli kumpulan tersebut menyatakan ‘Love Senario’ membawa pendengar menyelami perasaan kanak-kanak ketika berada di zaman tadika pra sekolah. Mereka mendapat inspirasi semasa memerhati kanak-kanak memanjat palung di taman permainan. Jin Hwan menambah, ” Saya rasa ‘Killing Me’ pun dibuat dengan pemikiran kebudakan seperti juga ‘Love Senario’ .


IKON tidak henti di sini dengan keluaran album ‘Return’ sahaja buat tahun 2018. Mereka telah pun memulakan langkah terbaru dengan melancarkan single seterusnya berjudul ‘Killing Me’ menerusi album mini, New Kids: Continue bermula semalam. ‘Killing Me’ telah mengutip bilangan viewer Youtube sebanyak 2 juta dalam masa 9 jam saja. Malah, lagu ini juga telah menduduki di tangga pertama di carta Itunes di seluruh negara. Satu permulaan yang agak menggumbirakan buat iKon dan peminat-peminatnya.

Berbanding ‘Love Senario’, ‘Killing Me’ lebih kepada penyampaian lirik menyedihkan seolah-olah satu pembalasan kepada surat. Mungkin tampak ‘aneh’ melalui pengakuan mereka ini, tapi ‘Killing Me’ sudah pun mula mendekati hati peminat-peminatnya. Jadi, persoalannya mampukah single terbaru, ‘Killing Me’ dapat mengulangi kejayaan ‘Love Senario’ ?

Jom dengar lagu ‘Killing Me’ di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=RyVS7R9PN6U

Sumber: seoul.kor

Komentar

comments

Admin Kmania.