Isu ‘Park-Park Couple’ terus dapat perhatian ramai – ini jawapan Park Min Young

Park Min Young telah berkongsi pendapatnya mengenai khabar angin yang menyatakan beliau bercinta dengan gandingannya dalam drama “What’s Wrong With Secretary Kim” , Park Seo Joon.

Pada 1 Ogos, aktres itu duduk untuk ditemubual dengan pelbagai saluran berita mengenai drama terbarunya yang disiarkan di tvN “What’s Wrong With Secretary Kim”. Di samping berkongsi pengalamannya membintangi drama tersebut, Park Min Young juga turut memberi respons tentang khabar angin baru-baru ini yang menyatakan hubungannya dengan Park Seo Joon.

Park Min Young tegas menafikan bahawa mereka tidak mempunyai hubungan romantik dalam kehidupan sebenar mereka. Beliau menyatakan, “Pertama sekali, [khabar angin] itu tidak benar. Saya ada melihat bukti yang kononnya membuktikan memang kami sedang bercinta, dan semuanya tidak benar sama sekali. Itu yang membuatkan saya marah sedikit. “

Park Min Young juga dengan jelasnya menafikan khabar angin bahawa beliau ke luar negara dengan Park Seo Joon. Beliau memberitahu, “Ibu saya cuba memberikan saya pasportnya pagi ini. Dia berkata, ‘Jika mereka melihat pasport saya, mereka akan tahu perkara sebenar [bahawa kamu bercuti bersama saya dan bukan dengan Park Seo Joon], jadi ambil ini dan tunjukkan kepada mereka.’ Saya tidak pasti mereka akan percaya jika saya mengatakan perkara ini kerana sudah terlalu banyak artikel tentangnya, dan ramai orang sudah mula percaya bahawa kami bercinta. “

Pelakon itu terus berkongsi rasa bahawa beliau letih untuk menafikan khabar angin itu berulang kali. “Saya rasa ianya begitu membebankan,”akui beliau. “Semasa wawancara saya semalam dan hari ini, saya malu bila memikirkan saya banyak menghabiskan masa bercakap mengenai khabar angin ini. Ia memberi kesan emosi untuk terus menjelaskan bahawa  adalah tidak benar. Saya harap isu ini tidak akan berpanjangan lagi.”

Beliau menambah, “Saya biasanya tidak banyak minum, tetapi saya sangat kecewa sehinggakan saya minum dengan banyak malam tadi.”

Park Min Young mendedahkan beliau begitu tertekan dengan khabar angin itu sehinggakan ia mula memberi kesan kepada pelakon lain yang turut membintangi “What’s Wrong With Secretary Kim.” Beliau secara khusus menyatakan penyesalan di mana para pelakon yang lain turut menghabiskan banyak masa menangani isu hubungannya dengan Park Seo Joon.

“Pada mulanya, saya hanya ketawa sahaja,” jelasnya. “Tetapi temuduga terhadap [Hwang] Bo Ra, Chansung [2 PM], dan [Pyo] Ye Jin mula diterbitkan semalam, dan semua berita utama adalah mengenai khabar angin hubungan kami.”

“Chansung bahkan menyatakan secara terang-terangan bahawa beliau mendapati ianya adalah perkara yang memalukan,” kata Park Min Young. “Jadi, saya rasa sangat menyesal, dan ketika itulah saya mula mengambil serius perkara ini. Kerana mereka semua telah bekerja keras, dan saya tahu berapa banyak komitmen Chansung dan pelakon lain berikan untuk drama “What’s Wrong With Secretary Kim.” tu yang saya paling mengecewakan. Ia bukan hanya tentang saya, tetapi lebih ramai orang dari jangkaan saya yang terkesan dengan khabar angin itu. “

Park Min Young berkata, “Jika pada masa akan datang, saya bertemu dengan seorang lelaki yang hebat dan ada berita gembira untuk dikongsi, saya akan umumkannya. Tetapi apa yang pasti adalah saya tidak akan berkahwin dalam masa terdekat ini.  Sekarang, saya ingin fokus kepada kerjaya lakonan yang saya sayang. “

Sumber : news1 | news.join | tvreport

Komentar

comments

You may also like...