/Park Min Young pada pandangan Park Seo Joon

Park Min Young pada pandangan Park Seo Joon

Drama “What’s Wrong With Secretary Kim” nampaknya memberi impak yang besar kepada teraju utamanya iaitu Park Seo Joon dan Park Min Young. Plot drama yang disediakan seakan begitu serasi dengan gandingan dua Park ini sehinggakan timbulnya gossip bahawa keduanya bercinta. Pendek kata, produksi berjaya memilih gandingan yang sangat serasi. Setiap momen antara Lee Young Joon (Park Seo Joon) dan Kim Mi So (Park Min Young) mendapat perhatian ramai penonton kerana lakonan mereka tampak natural, penuh dengan emosi serta menyentuh perasaan sehinggakan mereka  mewujudkan panggilan ParkPark Couple.

Pada 31 Julai lalu, Park Seo Joon telah ditemuramah oleh portal berita dan berkongsikan pandangan beliau mengenai keserasian dengan gandingannya, Park Min Young. Beliau mendedahkan, “Sudah tentu, ianya sukar dan kekok kerana ini merupakan pertama kali kami digandingkan.”

TVC-mall WW

Bercakap tentang proses bagaimana kedua-duanya menjadi ramah serta rapat antara satu sama lain, beliau berkata, “Kerana kami berkongsi matlamat yang sama untuk melakukan drama ini dengan baik, tetapi bukan kami berdua sahaja  bahkan setiap orang mempunyai matlamat seperti itu.  Apabila bercakap mengenai penyampaian serta persembahan, kami dapat berbincang dalam keadaan yang begitu baik. mengadakan perbincangan tanpa ragu-ragu.

“Sudah tentu, saya sentiasa cuba menghormati pendapatnya, tetapi saya tidak fikir ada sesiapa yang lai  boleh memahami karakter Lee Young Joon seperti yang saya lakukan. Perkara yang sama juga buat Park Min Young yang membawakan watak Kim Mi So. Saya fikir beliau sendiri yang memahami karakter Mi So dengan baik.  Kami banyak berkongsi pandangan tentang perkara ini.

“Jika kami berbeza pendapat, kami cuba mencari keseimbangan di antara kedua-duanya. perbezaan pendapat kami, kami cuba mencari keseimbangan yang betul antara kedua-dua mereka. Kami mempunyai lebih banyak persamaan daripada tidak, dan pengarah membantu menjadi pengantara antara kami berdua. Jadi mungkin sebab itu kami dapat bekerja dengan baik bersama-sama. “

Bercakap tentang kepentingan watak Mi So, Park Seo Joon menyatakan, “Apabila saya mula membaca skrip, watak yang menjadi nadi utama drama ini adalah Mi So. Malah ianya boleh dilihat melalui tajuk drama ini. Jadi, saya rasa ianya sangat meyakinkan. Kami banyak berbual pada awal penggambaran dan kami juga banyak berbincang bersama pengarah dan juga penulis. Saya fikir ini mungkin sangat meyakinkan.”

Kemudian, wawancara itu beralih kepada topik khabar tentang percintaan Park Min Young dan Park Seo Joon.

Park Seo Joon menjawab, “Saya fikir khabar angin ini akan tetap menjadi topik bualan. Saya yakin dapat mengatasinya. Saya berharap drama ini akan mendapat perhatian ramai. Namun, sehari selepas drama ini berakhir dan setelah kami bekerja keras menjayakannya, perkara mengenai hubungan kami yang mendapat perhatian. Nampaknya mereka cuba untuk mengalihkan perhatian kepada perkara yang tidak sepatutnya. Sungguhpun begitu, kami tetap terus berhubung.”

Apabila ditanya sama ada mereka akan menjadi pasangan bercinta yang sebenar, Park Seo Joon menjawab, “Apabila saya memainkan peranan mencintai seseorang, sudah tentu saya terfikirkan seseorang itu cantik atau mempunyai peribadi yang baik. Dan, sudah tentu saya juga jadi berminat. Semua orang diluar jangkaan, jadi saya tidak boleh mengulas lanjut kemungkinan ini. Saya berpendapat ianya suatu perkara yang memerlukan masa yang panjang.”

“Tidak ramai pelakon sebaya saya yang dapat digandingkan. Dan jika adapun, saya memang ingin berkerjasama dengannya. Peluang yang saya perolehi ini membuatkan saya berbesar hati dan gembira bertemu dengan Park Min Young.  Saya berasa takut ketika sedang berlakon dengan seseorang, tanpa mengira usia atau jantina mereka, jika orang itu akan bertanya kepada saya bagaimana mereka harus berlakon. Saya tidak fikir saya perlu untuk bercakap mengenainya, ataupun ianya perlu diperkatakan, kerana menyentuh soal lakonan boleh mencalarkan kredibiliti seseorang.

Satu-satunya cara untuk membincangkannya secara bebas adalah dengan menjadi rapat. Saya fikir ia adalah penting untuk menjadi cepat mesra, dan seolah-olah kami tidak mengenali antara satu sama lain sebelum ini, dan kami mempunyai matlamat yang sama bagi projek itu, jadi ia tidak sukar untuk membincangkan tentang kerja kami. Oleh itu, kami tidak sukar untuk bekerjasama walaupun kami mempunyai banyak adegan bersama. “

Sumber : Naver  | Naver 2 | Naver 3 | Naver 4

Komentar

comments

loading...