/CN BLUE bakal berehat setelah Lee Jong Hyun umum untuk ‘enlist’

CN BLUE bakal berehat setelah Lee Jong Hyun umum untuk ‘enlist’

Setelah Jung Yong Hwa, Lee Jung Shin dan Kang Min Hyuk mendaftar masuk khidmat tentera serta memulakan latihan, akhirnya ahli terakhir kumpulan CN BLUE, Lee Jong Hyun umum untuk turut jejak mereka.

Pada 31 Julai, dilaporkan bahawa Lee Jong Hyun akan mendaftar pada bulan depan.

Mengulas lanjut perkara ini, agensinya FNC Entertainment mengesahkan, “Lee Jong Hyun akan mendaftar tugas aktif dalam tentera pada Ogos depan.”


Disebabkan permintaan peribadi beliau, tarikh dan lokasi pendaftaran tidak akan dinyatakan.

Lee Jong Hyun baru-baru ini telah memberikan gambaran mengenai keputusannya untuk memulakan khidmat tentera dengan berkongsi gambar dengan kapsyen, “Saya menerima begitu banyak hadiah yang mengatakan saya akan selamat kembali dari tentera. Saya akan nikmatinya dengan baik! Berat badan saya bertambah, jadi saya harus menjaga diet saya sedikit sebelum masuk. “

IG : https://www.instagram.com/p/BlzbuLhlssa/?taken-by=cnbluegt

Lee Jong Hyun akan menjadi ahli keempat dan terakhir CNBLUE untuk mendaftar. Jung Yong Hwa telah mendaftar  pada Mac lalu , dan Kang Min Hyuk serta Lee Jung Shin akan mendaftar pada 31 Julai (hari ini).

Oleh itu, selamat menjalankan tugas CN BLUE. Kami pasti akan merindui anda semua!

Sumber : Naver

Komentar

comments