/Taecyeon mungkin dalam perancangan tinggalkan 2PM ?

Taecyeon mungkin dalam perancangan tinggalkan 2PM ?

Bertebaran maklumat separuh siap yang mengatakan penyanyi bergelar pelakon, yakni Taecyeon dikatakan dalam perancangan meninggalkan kumpulan yang diterajuinya sekian lama, iaitu 2PM. Kesemua lima ahli 2PM termasuklah Lee Jun Ho dan Nikhun, yang juga merupakan pelakon, sudah pun memperbaharuhi kontrak mereka bersama JYP pada awal Januari lepas tetapi Ok Taecyeon mengambil masa agak lama (di samping penglibatan beliau di dalam program khidmat tentera) untuk berbuat demikian.

Jurucakap JYP pada hari mengesahkan bahawa Taecyeon tidak lagi bersama dengan agensi mereka setelah memilih untuk menandatangi kontrak baru bersama 51K, agensi yang menguruskan So Ji Sub. Walaubagaimanapun, 51K menafikan bahawa Taecyeon meninggalkan 2PM.

 

“Tidak sama sekali, ” tegas mereka.


“Taecyeon akan tetap mempromosikan 2PM sebagai 6 ahli rasmi. Kami hanya membantu Taecyeon menyerlahkan bakatnya melebihi potensi sebagai penyanyi”. Sementera itu, agensi hiburan JYP juga turut mengesahkan Taecyeon tetap bersama sebagai ahli tetap kumpulan 2PM dan terus menguruskan kumpulan itu.

OK Taecyeon sedang giat menjalani latihan khidmat tentera sejak September 2017. Antara drama lakonannya termasuklah OCN Save Me, tvN Let Fight The Ghost dan KBS Cinderella’s Sister.

Sumber: OSEN

Komentar

comments

Admin Kmania.