Rating jtbc Life mencanak naik, menjanjikan aksi memukau Lee Dong Wook

Sudah lama rasanya genre medikal tak menghiasi arena drama Korea. Gandingan mantap dua orang pelakon berkarisma, Lee Dong Wook & Joo Seung Woo sudah cukup membuatkan penonton untuk mengikuti drama perubatan yang ditulis sepenuhnya oleh Lee Seo Won, pemenang ‘Best Screenplay’ 6th CARI Kdrama Awards menerusi karya tvN Forest of Secret / Stranger pada tahun lepas yang juga dilakonkan oleh Joo Seung Woo.

Berturut-turut sepanjang drama ini disiarkan mulai kelmarin, jtbc Life telah mencatit peningkatan rating yang agak tinggi untuk cenel kabel tersebut, yakni sebanyak 4.3% pada hari Isnin, dan melonjak kepada 5% pada hari Selasa. Rating dijangka akan menaik pada minggu hadapan dengan paparan aksi mendebarkan daripada gandingan kedua-duanya.

Life bermula dengan kematian seorang pakar bedah hospital di tangan seorang junior tak terlatih. Ye Jin Woo (Lee Dong Wook) mengamati kejadian tersebut dengan penuh sangsi kerana dia merasakan kematian pakar bedah tersebut sesuatu yang telah dirancangkan oleh musuh politiknya di hospital sejak sekian lama, membawanya kepada Koo Seung Hyo (Jo Seung Woo), pengarah Sangkook University Hospital, seorang dikenali dengan sikapnya yang dingin dan kiasu. Jin Woo menganggap pakar bedah itu sebagai ‘ayah angkat’ nya dalam kerjayanya. Bertambah lagi kesangsiannya apabila pakar bedah itu pernah menemui veteran hospital terkemuka, Kim Tae Sang (Moon Seung Gyun) pada malam sebelum dia dibedah. Kim Tae Sang dikatakan terlibat dalam penyelewangan duit hospital dan kematian pakar bedah itu dirancang untuk menutupi bukti salah lakunya di hospital tersebut.

Ini merupakan gandingan pertama Lee Dong Wook, pemenang Best Supporting Actor CARI Kdrama Awards bersama Joo Seung Woo. jtbc Life ditayangkan setiap hari Isnin dan Selasa.

https://www.facebook.com/JTBClove/videos/1557114751066258/

https://www.facebook.com/jtbcdramapage/videos/1328172860650043/

Komentar

comments

You may also like...