/Pelakon Kim Jin Woo bakal tamatkan zaman solonya

Pelakon Kim Jin Woo bakal tamatkan zaman solonya

Rupanya pelakon Kim Jin Woo rupanya sudah bertunang!

Pada 17 Julai lepas, sumber dari agensinya telah mengesahkan kepada Star Today bahawa Kim Jin Woo akan berkahwin pada musim luruh ini. Beliau dan teman wanitanya iaitu seorang flight attendant yang tiga tahun lebih muda telahpun berpacaran sejak musim bunga tahun lepas.

“Bagaimanapun tarikh sebenar perkahwinan belum disahkan,” sumber itu menyatakan. “Kedua-dua pihak masih lagi berbincang untuk menetapkan tarikhnya.”

Kim Jin Woo memulakan kerjaya sebagai pelakon pada tahun 2006 dan telah muncul dalam beberapa buah karya seperti  “Into the World Again”, “My Lovely Girl”, “The Return of Hwang Geum-bok” dan “Remember” serta pelbagai muzikal dan drama.

Tahniah diucapkan kepada kedua pasangan ini!

Sumber : Naver

Komentar

comments

loading...