/Jang Hyun Seung selamat mendaftar dipusat latihan ketenteraan!

Jang Hyun Seung selamat mendaftar dipusat latihan ketenteraan!

Jang Hyunseung yang merupakan bekas ahli kumpulan B2ST atau kini dikenali sebagai Highlight telahpun memulakan latihan asas tenteranya hari ini.

Sebelum ini telah dilaporkan bahawa penyanyi ini akan mendaftar untuk jalani khidmat tentera. Agensi Jang Hyun Seung, Cube Entertainment hari ini (24 Julai) mengeluarkan kenyataan ringkas menyatakan, “Jang Hyunseung akan mendaftar masuk sebagai tugas aktif hari ini. Memandangkan beliau berhasrat untuk membuat pendaftaran dengan suasana tenang dan tertutup, kami memutuskan untuk tidak mendedahkan lokasi dan masa pendaftarannya. ”

TVC-mall WW

Selepas lima minggu latihan asas, beliau akan menerima tugasan rasminya sebagai askar tugas aktif. Sebagai makluman tambahan, Jang Hyunseung seusia dengan bekas ahli kumpulannya terdahulu iaitu Yoon Doojoon dan Yong Jun Hyung.

Selamat berkhidmat kepada kepada Jang Hyunseung!

Komentar

comments

loading...