/“Mana ada kami ‘dating’,” Kang Dong Woon dan Han Hyo Joo

“Mana ada kami ‘dating’,” Kang Dong Woon dan Han Hyo Joo

Pelakon Kang Dong Won dan Han Hyo Joo menafikan khabar angin yang mereka berdua ber’dating’.

Baru-baru ini, sekeping gambar Kang Dong Won dan Han Hyo Joo mengahabiskan masa bersama ketika  di Amerika Syarikat telah menimbulkan khabar angin bahawa kedua-dua pelakon itu sedang berpacaran. Walau bagaimanapun, agensi masing-masing telah mengesahkan dengan ‘Xports News’ pada 8 Julai bahawa khabar angin itu adalah tidak benar.

YG Entertainment menyatakan, “Kang Dong Won telah membuat penggambaran di A.S., dan Han Hyo Joo berada di lokasi yang sama untuk bertemu dengan kru filem yang berbeza.” Selain itu, agensi itu mengakui bahawa “kedua-dua mereka adalah rakan sekerja yang rapat dan sering berkongsi maklumat mengenai restoran-restoran yang menyediakan hidangan terbaik,”. Perkara ini yang menyebabkan mereka seringkali  makan bersama-sama dengan kru-kru yang lain. Agensi Han Hyo Joo BH Entertainment juga menjawab, “telah berlaku pertindihan jadual mereka ketika di A.S. dan beberapa kru serta kakitangan turut ada bersama ketika gambar itu diambil.”

Filem lakonan Kang Dong Woon dan Han Hyo Joo bertajuk “Golden Slumber” telah dikeluarkan pada tahun lepas dan filem terbaru mereka  “In Rang” bakal dikeluarkan pada 25 Julai ini.

Sumber : Naver

Komentar

comments