Drama ‘Four Men’ lakonan Park Hae Jin bakal bungkus lebih awal?

Nasib malang asyik menimpa pada Park Hae Jin tiap-tiap kali dramanya menunggu peluang untuk disiarkan. Kali ini, khabarnya penggambaran drama ini yang terpaksa ditangguhkan sejak 10 May lepas kerana pengarah Jang Tae Yo yang pernah tercalon Best Director CARI Kdrama Awards telah dikatakan mengalami masalah kesihatan mental dan fizikal, dan tak dapat meneruskan penggambaran. Lebih teruk lagi, krew-krew produksi tidak dibayar gaji mereka selama beberapa bulan dan terpaksa bekerja memenuhi permintaan mengarut daripada pihak produksi Victory Content dan juga Mountain Movement yang mana diuruskan syarikat permilikan Park Hae Jin sendiri.

Menurut kenyataan dikeluarkan krew-krew produksi, mereka terpaksa mengadakan pengambaran walaupun tidak dijanjikan bayaran. Malah, lebih menyakitkan hati lagi, mereka terpaksa membelanjakan sendiri kos operasi menyebabkan beberapa kali penggambaran terpaksa ditangguhkan. Pada suatu ketika, mereka mengadakan pengambaran pada musim hujan dan telah terjadi suatu kemalangan di mana krew sendiri  menyediakan belanja untuk membawa mangsa ke hospital.

“Pengambaran dihentikan sehingga pihak produksi ditukarkan. Mereka sukar untuk meneruskannya selagi 25 juta gaji krew tidak dibayar dengan segera. Manakala, Jang Tae Yoo yang tak terlibat secara langsung dalam mogok berkenaan dan dikatakan tetap professional mahu mengarahkan drama berkenaan meskipun beliau juga berhadapan dengan penangguhan gaji ,” kata saksi yang berada di tempat kejadian. Walaubagaimanapun, pengarah Jang Tae Yoo dilaporkan pagi tadi telah memutuskan perhubungan dengan krew-krew produksi sebaik selesai menerima rawatan kemurungan daripada hospital akibat ditekan oleh pihak produksi Victory Content.

Pengarah Jang Tae Yoo.

Park Hae Jin dalam satu kenyataan dikeluarkan, menafikan bahawa drama ‘Four Men’ akan dihentikan operasi pengambarannya. Beliau tetap positif pengambaran diteruskan. “Saya tiada komen untuk diturutkan. Saya berharap semuanya stabil dan diselesaikan dengan baik, ” katanya ringkas.

Four Men adalah sebuah drama bergenrekan mystery thriller yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang terlibat dalam satu konspirasi ketika sedang menyiasat kematian misteri ibunya. Pada ketika itu, dia bertemu dengan tiga lelaki yang mirip dengannya. Dalam drama ini Park Hae Jin akan membawakan empat watak personaliti yang berbeza.

Drama Four Men bukan saja baru berhadapan dengan masalah sebegini, tapi pernah ditukarkan beberapa kali pengarahnya sebelum Jang Tae Yoo memutuskan untuk mengambil projek ini atas dasar persahabatannya dengan Park Hae Jin. Cenel ‘Chosun TV’ telah bersetuju untuk menayangkannya sebagai pengganti pada SBS yang menolak penayangannya pada akhir tahun lepas.

Sumber: news.chosun , is.plus , ytn

Komentar

comments

You may also like...