Song Hye Kyo & Park Bo serta Lee Min Ki & Seo Hyun Jin sah bintangi drama terbaru!

Nampaknya sahih Song Hye Kyo dan Park Bo Gum akan bintangi drama “Boyfriend” manakala pasngan Lee Min Ki dan Seo Hyun Jin akan bintangi versi drama “The Beauty Inside”.

Pada 9 Julai (hari ini), wakil pihak produksi  Bon Factory mengesahkan bahawa Song Ji Hyo dan Park Bo Gum akan muncul  dalam drama terbaru “Boyfriend” . Wakil itu turut menyatakan, “Pelakon Song Hye Kyo dan  Park Bo Gum telah mempersetujui untuk muncul sebagai tunggak utama drama ‘Boyfriend.’ Tayangan perdana drama ini akan bermula pada seapruh tahun kedua 2018 dan kini kami sedang dipertengahan proses pre-production.”

Pada tarikh yang sama juga, Lee Min Ki dan Seo Hyun Jin juga telah mengesahkan untuk bintangi versi drama “The Beauty Inside”.  “The Beauty Inside,” adalah berdasarkan sebuah filem komedi romantis popular ditahun 2015 dengan nama yang sama. Drama ini akan menceritakan kisah cinta Han Se Gye (dimainkan oleh Seo Hyun Jin), aktres A-list yang mesti menghabiskan masanya selama seminggu setiap bulan dengan dalam badan orang lain, dan Seo Do Jae (dimainkan oleh Lee Min Ki) , adalah seorang lelaki yang cerdik pandai yang mengalami prosopagnosia (ketidakupayaan untuk mengecam wajah orang lain).

Boyfriend – Song Ji Hyo dan Park Bo Gum

“Boyfriend” akan menceritakan kisah Cha Soo Hyun (dimainkan oleh Song Hye Kyo), seorang wanita yang tidak pernah berpeluang untuk jalani kehidupan dengan cara tersendiri. Sebagai anak perempuan seorang ahli politik terkemuka, dia dipaksa berkahwin dengan seorang pewaris kepada syarikat konglomerat yang kaya di usia mudanya. Namun, disebabkan dia dipaksa berkahwin dengan orang yang tidak dintai, kehidupan rumah tangga mereka tidak bahagia dan penceraian menjadi titik penyelesaian.

Kehidupan Cha Soo Hyun berubah apabila dia bertemu dengan Kim Jin Hyuk (dimainkan oleh Park Bo Gum), seorang lelaki muda biasa, baik hati dan sentiasa berkelakuan ceria dan gembira dalam setiap perkara. Percintaan romantik antara keduanya yang ibarat enggang dan pipit akhirnya menjadikan kehidupan mereka dilanda badai.

Drama ini akan dihasilkan oleh Bon Factory, syarikat produksi yang menjadi tulang belakang drama “What’s Wrong with Secretary Kim,” “She was Pretty,” dan “Master’s Sun.” “Boyfriend” dikhabarkan akan ditayangkan di tvN.

The Beauty Inside – Lee Min Ki dan Seo Hyun Jin

Seperti dinyatakan di awal, “The Beauty Inside” adalah sebuah filem yang akan diadaptasi menjadi sebuah drama dengan tajuk yang sama. Drama ini bertemakan romantik komedi.

Untuk pengetahuan, pelakon Seo Hyun Jin akan bekerjasama sekali lagi dengan pengarah Song Hyun Wook yang sebelum ini pernah mengarahkan drama tvN “Another Oh Hae Young.”

Seo Hyun Jin berkata, “Drama ini telah terasa sangat dekat dengan saya dan ianya sangat menyegarkan. merakamkan hatiku kerana perkara yang menyegarkan. Saya fikir saya akan menunjukkan sisi lain saya sebagai Han Se Gye yang akan menumpang hidup dalam tubuh badan orang lain dalam tempoh seminggu pada setiap bulan. Jadi saya sangat teruja dan menantikan untuk membawakan watak ini. Saya merasakan drama ini akan menghiburkan penonton dengan cara yang tersendiri dan ianya berbeza dari filem asal. “

Dia menambah, “Saya akan melakukan yang terbaik untuk menunjukkan sesuatu yang hebat kepada anda semua disampaing para pelakon lain dan kru produksi.”

Lee Min Ki juga sempat beri komen dengan menyatakan, “Saya tertarik dengan karya yang hebat ini, dan saya juga mendapati watak yang dimainkan saya [Seo Do Jae] suatu watak yang baru dan menyegarkan. Sebagai penggemar drama ‘Another Oh Hae Young,’ saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan pengarah Song Hyun Wook dan Seo Hyun Jin. “

Jadi, adakah anda teruja untuk menantikan dengan gandingan pelakon-pelakon ini dalam drama terbaru masing-masing?

Sumber : Naver | Naver 2

Komentar

comments

You may also like...