Ha Ji Won sah bintangi drama ‘spy’ “Prometheus”

Pada 5 Julai semalam, Ha Ji Won telah mengesahkan untuk membawa watak utama dalam drama terbarunya “Prometheus.”

Ha Ji Won akan membawakan watak seorang agen NIS Korea (agen risikan negara) yang meneruskan misi menyamar untuk satu operasi yang melibatkan teknologi senjata nuklear Korea Utara. Beliau yang dikenali dengan kredibiliti, karisma dan keberaniannya, aktress Korea dan team  drama “Prometheus” sedang mengumpul material untuk menjadi perintis filem ‘spy’ dengan nafas yang baru dan biasanya tidak dapat ditemui dalam drama-drama Korea sebelum ini.

Menurut sumber daripada wakil pihak produksi “Prometheus” berkata, “Aktress Ha Ji Won telah sah untuk membawakan watak Chae Eun Seo, seorang pegawai perisikan yang mengetuai Pasukan 2 terhadap misi yang melibatkan Korea Utara. Pada peringkat awal drama ini, kami mewujudkan watak tersebut berdasarkan kredibiliti Ha Ji Won agar imejnya kekal sesuai dan relevant dengan watak tersebut. Jadi, kami mohon sokongan daripada para penonton. “

Dengan berpandukan dengan kemuncak keadaan semasa antarabangsa pada 2018 antara Korea Utara-Amerika Syarikat dan Korea Selatan-Korea Utara yang melibatkan teknologi senjata nuklear, “Prometheus” adalah sebuah drama yang diilhamkan dari idea sekumpulan saintis berpengaruh  dalam teknologi senjata nuklear. Para saintis dari Korea Utara dihantar ke luar negara tetapi hilang dalam perjalanan semasa proses penghapusan teknologi senjata nuklear.

Pihak produksi “Prometheus” meneruskan, “Kami merancang dan menyiapkan skrip drama ini selama dua tahun. Pemilihan para pelakon yang bersesuaian sedang dijalankan. Kami berharap para penonton akan teruja dan menantikan persembahan Ha Ji Won  dalam drama ‘Prometheus’ ini. Kami akan berusaha keras untuk memperkenalkan drama yang solid dan baru. “

“Prometheus” dijadual untuk ditayangkan  pada penghujung tahun ini, danakan ada  lebih ramai pelakon yang bakal membintangi drama ini  diumumkan satu persatu kelak.

Sumber : sports.chosun

Komentar

comments

You may also like...