/Seo Kan Joon dan Esom bergabung untuk sebuah drama romantik komedi

Seo Kan Joon dan Esom bergabung untuk sebuah drama romantik komedi

Kali ini Seo Kang Joon dipasangkan dengan Esom untuk sebuah drama bertemakan romantik komedi.

Pada 5 Julai hari ini, kedua-dua pelakon ini telah mengesahkan untuk bintangi drama terbaru JTBC – “The Third Charm”. Drama ini mengisahkan tentang  percintaan yang terjalin selama 12 tahun dan turut menyajikan kisah percintaan bagi pencinta dari umur 20 sehingga 32 tahun.

Seo Kang Joon akan membawakan watak On Joon Young, seorang yang sangat teliti dalam setiap apa yang dirancangnya agar semua berjalan seperti yang dikehendaki. On Joon Young bukanla seorang yang peka dengan trend fesyen kerana ia digambarkan seorang model pelajar terbaik, berumur 20 tahun dan perwatakkannya sangat skema, berkaca mata, sentiasa memakai seluar jeans yang dilipat hujungnya, berstoking putih serta kasut yang sentiasa bersih. Antara satu perkara yang tidak termasuk dalam rancangannya adalah hubungannya dengan Lee Young Jae, seorang yang becok serta tergolong dalam kategori makcik bawang yang mana akhirnya dia bertemu secara tidak sengaja ketikamengikuti group blind date.

Lee Young Jae, dilakonkan oleh Esom, yang mana hampir sepenuhnya mempunyai personaliti berlawanan dengan Joon Young. Lee Young Jae seorang yang bersikap spontan, penuh emosi, dan sangat jujur. Beliau mengharungi zaman  kanak-kanak yang sukar kerana Young Jae dan kakaknya membesar tanpa belaian ibu bapa. Di usia 20 tahun, Lee Young Jae terpaksa melupakan hasratnya untuk belajar di koleh dengan bekerja sebagai pembantu di salon rambut.

Produser drama  “The Third Charm” turut mengeluarkan komen, “Semasa bertemu janji, kadang kala anda tidak merasakan seseorang itu tidak begitu istimewa ataupun cantik di mata anda, namun dengan pesona yang sukar digambarkan, ia boleh membuatkan anda jatuh cinta. Ini yang dikatakan “The Third Charming” kerana dua insan yang bercinta ini lebih mengetahui bagaimana jalan cerita kisah percintaan mereka.”

Mereka menambah, “Kami tidak sabar menantikan musim luruh yang akan datang ini dengan hati yang berbunga-bunga  untuk percintaan yang penuh romantis dan mengasyikkan.”

“The Third Charming” akan diterajui oleh pengarah Pyo Min Soo, yang sebelum ini pernah mengarahkan drama seperti  “Full House,” “Worlds Within,” “Fool’s Love,” dan “Producer.”  Drama ini dijadualkan untuk mula tayangannya pada bulan September depan.

Drama lakonan Seo Kang Joon – “Are You Human Too?” sedang ditayangkan di Astro KBS Ch 391 dan 392HD pada setiap hari Selasa dan Rabu jam 9.00 malam. Manakala Esom pula sedang menyiapkan filem terbarunya “My Special Brother”.

Apakah anda teruja untuk saksikan drama dan gandingan Seo Kang Joon dan Esom ini?

Sumber : Naver

Komentar

comments