/Bibit cinta Lee Dong Wook dan Suzy akhirnya kecundang jua

Bibit cinta Lee Dong Wook dan Suzy akhirnya kecundang jua

Ibarat pepatah  disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Hanya bertahan empat bulan menjadi pasangan kekasih, akhirnya percintaan Lee Dong Wook dan Suzy berakhir.

Pada 2 Julai, JYP Entertainment mengesahkan bahawa percintaan di antara kedua-dua pelakon itu telah berakhir. Agensi terbabit turut menyatakan, “”Memang benar bahawa [Suzy] telah berpecah dengan Lee Dong Wook. Kerana mereka berdua mempunyai jadual yang sibuk, sukar bagi mereka untuk bertemu, dan mereka secara semula jadi akhirnya menjadi cara mereka yang berasingan.

Pada 2 Julai, JYP Entertainment mengesahkan bahawa kedua-dua pelakon telah menamatkan hubungan romantik mereka. Agensi itu menyatakan, “Memang benar bahawa [Suzy] telahpun berpisah dengan Lee Dong Wook kerana keduanya sibuk dengan aktiviti seni mereka. Jadi, ianya menyukarkan mereka untuk saling bertemu dan ini membuatkan perhubungan mereka menjadi renggang. “

Agensi Lee Dong Wook, King Kong by Starship juga mengesahkan perkara yang sama, “Benar, Lee Dong Wook dan Suzy telah berpisah. Keduanya semakin sibuk dengan jadual aktiviti seni jadi mereka ambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing. “

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh OSEN, sumber dalaman berkata, “Selepas berpisah, kedua-duanya selebriti ini tetap memberi sokongan antara satu sama lain atas kapasiti hubungan mereka sebagai rakan artis.”

Lee Dong Wook dan Suzy dikatakan sibuk dengan projek drama terbaru mereka yang akan datang. Drama terbaru Lee Dong Wook “Life” akan mula ditayangkan menerusi JTBC pada 23 Julai ini. Sementara Suzy pula sedang sibuk diset penggambaran drama SBS “Vagabond” di mana beliau akan bergandingan sekali lagi dengan Lee Seung Gi.

Baca juga : 10 drama Korea terbaru dan menarik bakal mewarnai hidup anda Julai ini!

Pada awal Mac lalu, kedua-dua mereka mengesahkan bahawa mereka berpacaran dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

Apapun, selamat maju jaya buat Lee Dong Wook dan Suzy kerana bunga bukan sekuntum, kumbang juga bukan seekor.

Sumber : Naver 1 | Naver 2 | Star.mk

Komentar

comments