/Nam Joo Hyuk bakal kembali mewarnai hari anda dengan drama terbaru

Nam Joo Hyuk bakal kembali mewarnai hari anda dengan drama terbaru

Agak lama kita tidak dipertontonkan dengan lakonan terbaru Nam Joo Hyuk yang sebelum ini pernah membintangi drama popular “School 2015,” “Hwarang,” “Weightlifting Fairy Kim Bok Joo,” dan “Bride of Water God.”

 Mengikut penemuan dibuat oleh TV Report, pelakon ini dikatakan akan membintangi drama terbaru berjudul “Because It’s My First Love”. Ia merupakan sebuah drama bertemakan kehidupan dimasa remaja. “Because It’s My First Love” kelak akan mengisahkan bagaimana seseorang berusia sekitar 20-an menghabiskan masa remajanya dan akhirnya menjadi seorang yang matang dalam kehidupannya.

Nam Joo Hyuk dilaporkan akan membawakan watak  seorang yang cukup sempurna dan disayangi ramai, namun sebenarnya dalam diam dia menderita. Ini adalah projek drama pertama beliau dalam tempoh setahun ini selepas membintangi  “Bride of the Water God.” Filem sulung lakonan Nam Joo Hyuk “The Great Battle,” juga bakal ditayangkan dalam masa terdekat.

“Because It’s My First Love” akan diarahkan oleh Oh Jin Seok, yang pernah mengarahkan drama SBS – “Yong Pal” dan “My Sassy Girl” versi drama.

Sumber : Naver

*photo credit as appeared

Komentar

comments