/Kim Hyun Joong mungkin kembali sebagai ‘time traveler’ dalam drama terbarunya

Kim Hyun Joong mungkin kembali sebagai ‘time traveler’ dalam drama terbarunya

Selepas empat tahun, selebriti kontoversi Kim Hyun Joong kembali beraksi untuk sebuah drama terbaru KBS.

Pada 27 Jun, media melaporkan bahawa Kim Hyun Joong akan membintangi drama ‘When Time Stopped’. Mengulas perkara ini, agensinya memberitahu beliau masih dalam mempertimbangkan tawaran tersebut.

‘When Time Stopped’ merupakan drama yang bertemakan fantasi romantik dengan 12 siri. Kim Hyun Joong akan membawakan watak sebagai seorang pengembara yang hidup dalam kesepian tanpa sebarang kebimbangan mengenai masa yang berjalan dan juga usia. Namun semuanya berubah apabila beliau bertemu dengan seorang wanita yang akan menjadikan hidupnya lebih bermakna.

Kim Hyun Joong mula mencetuskan fenomena menerusi drama Boys Over Flowers disamping  Ku Hye-sun, Lee Min-ho,  Kim Bum, Kim Joon dan Kim So-eun pada tahun 2009. Drama terakhir Kim Hyun Joong adalah menerusi ‘Inspiring Generation’ yang telah ditayangkan pada tahun 2014. Ini merupakan kemunculan semula drama beliau selepas menamatkan perkhidmatan ketenteraannya. Buat masa ini, Kim Hyun Joong fokus dalam aktiviti muziknya.

‘When Time Stopped’ dijangka memulakan penggambarannya pada bulan Julai dan akan ditayangkan sekitar bulan Oktober.

Sumber : AllKpop | news.join| sports.donga

Komentar

comments