Festival Muzik K-WAVE 3 dibawakan khas oleh Mcalls kembali dengan barisan bintang ternama

Selepas 7 bulan berlalu, Festival Muzik K-WAVE 3 dibawakan khas oleh Mcalls anjuran MacpiePro dengan kerjasama MSR kini kembali memeriahkan industri hiburan tempatan.

Barisan artis seperti FTISLAND, EXID, MONSTA X, AOA, JEONG SEWOON, WJSN dan BOYFRIEND akan mencetuskan gelombang di Stadium Malawati, Shah Alam pada 18hb Ogos 2018 jam 8 malam.

Apa yang menarik kali ini, sebelum ini selama dua tahun berturut-turut festival muzik ini diadakan di tempat terbuka, kali ini penganjur memilih untuk mengadakannya di stadium tertutup sekali gus memberi peluang kepada peminat untuk melihat 39 idola mereka beraksi dalam 7 kumpulan lebih daripada 120 minit.

Lebih istimewa, peminat K-pop yang berusia antara 15-17 tahun (lahir pada tahun 2001 hingga 2003) berpeluang untuk menyaksikan konsert itu dengan harga tiket bernilai RM34.

Kelompok yang sama serta pengguna Mcalls diberi keistimewaan untuk menyaksikan konsert itu hampir percuma iaitu hanya dengan menebus Pakej Masuk, iaitu dengan cara membayar hanya wang pemprosesan sebanyak RM4.

Pakej Masuk ke festival berkenaan merangkumi (tiket konsert + yuran pemprosesan + Sim Pek Mcalls Y33) yang menawarkan harga antara RM34 hingga RM498. Jualan untuk orang ramai akan bermula pada 1hb Julai jam 12pm.

Pengguna MCalls Berpeluang Beli Tiket Dua Hari Lebih Awal Sebelum Jualan Kepada Umum pada 1 Julai 

Sementara itu, pengguna Mcalls pula diberi keutamaan untuk membeli Pakej Masuk dua hari lebih awal berbanding pembeli lain iaitu pada 29hb dan 30hb Jun. Semua Pakej Masuk boleh didapati dengan melayari laman web www.mcalls.asia/kwave3. Sila semak laman Facebook MacpiePro di @MacpiePro ataupun melayari laman web rasmi www.macpiepro.com untuk maklumat lanjut mengenai Festival Muzik K-WAVE 3 dibawakan khas oleh Mcalls ini.

FESTIVAL MUZIK K-WAVE 3 DIBAWAKAN KHAS OLEH MCALLS

🔹 Tarikh: 18hb Ogos (Sabtu)
🔹 Masa: 8pm
🔹 Tempat: Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor.

PAKEJ MASUK – JUALAN KHAS MCALLS (Eksklusif untuk pengguna Mcalls)
  • 🔹 Tarikh: 29hb dan 30hb Jun 2018 (Jumaat dan Sabtu)
    🔹 Masa: 12pm
PAKEJ MASUK – JUALAN UNTUK ORANG AWAM
  • 🔹 Tarikh : 1hb Julai 2018 (Ahad)
    🔹 Masa: 12pmTarikh : 1hb Julai 2018 (Ahad)
CARA MEMBELI

Tiket boleh dibeli secara atas talian menerusi www.mcalls.asia/kwave3

Harga Pakej Masuk (termasuk tiket konsert + yuran pemprosesan RM4 + Sim Pek Mcalls Y33 bernilai RM30)


Berdiri Bebas
• RM478 (Rock Zone)

Tempat Duduk Bernombor
• RM498 (Long TV Zone M)
• RM398 (Mbooster Zone C)
• RM368 (Ecolite Zone Q (L), Dutch Lady Zone Q (R))
• RM298 (JBL Zone A)
• RM208 (Schwarzkopf Professional Zone L)
• RM168 (Ecolite Zone P (L), Dutch Lady Zone P (R))
• RM98 (Ecolite Zone S (L), Dutch Lady Zone S (R))
• RM34 (Alpha Youth Package – Zone S (Berusia antara 15-17, lahir pada tahun 2001-2003)

Komentar

comments

You may also like...