OST nyanyian Seo Kang Joon untuk drama terbarunya “Are You Human, Too?”

Pelakon utama drama KBS – “Are You Human, Too?” Seo Kang Joon akan menyanyikan sebuah lagu untuk OST drama tersebut.

Pada 20 Jun lepas, sumber dari Fantagio mengesahkan kepada portal berita My Daily bahawa Seo Kang Joon telah siap merakamkan OST untuk “Are You Human, Too?” Mereka turut menggambarkan ianya sebuah lagu berentak balada, dan tiada sebarang maklumat lanjut bila ianya akan dikeluarkan secara rasmi.

Seo Kang Joon sebelum ini pernah menyanyikan dua buah lagu untuk drama “After School: Lucky or Not” pada tahun 2013 bersama dengan kumpulannya – 5URPRISE. 5URPRISE juga turut merakamkan OST untuk drama “Cheese in the Trap” pada tahun 2016 yang turut dibintangi oleh Seo Kang Joon.

Selain Seo Kang Joon, drama KBS – “Are You Human, Too?” turut dibintangi oleh  Gong Seung Yeon, Lee Joon Hyuk, Park Hwan Hee, dan ramai lagi. Korang boleh menonton drama ini setiap hari Selasa dan Rabu jam 9 malam di Astro Ch 391 & 392 HD.

Sumber : Naver | sport.chosun

Komentar

comments

You may also like...