/“Kami nak kahwin dah! ,”- Jo Jong Suk & Gummy

“Kami nak kahwin dah! ,”- Jo Jong Suk & Gummy

Akhirnya pasangan kekasih Jo Jung Suk dan Gummy akan berkahwin tahun ini.

Pada 22 Jun, media outlet; Ilgan Sports melaporkan bahawa pasangan itu akan berkahwin pada musim luruh depan dan keduanya akan menetapkan tarikh sebenar perkahwinan mereka sebaik sahaja kedua-dua keluarga bertemu secara rasmi.

Jo Jung Suk secara peribadi mengesahkan kepada media outlet My Daily, “Kami merancang untuk berkahwin pada musim luruh. Kami masih belum mengadakan pertemuan secara rasmi dengan kedua-dua pihak keluarga atau menetapkan di mana perkahwinan ini akan berlangsung kerana saya masih terikat dengan penggambaran filem ‘Hit-and-Run.’ Kami akan saling mencintai dan hidup bahagia bersama sehingga ke akhirnya”

Sumber dari agensi Gummy C-JeS Entertainment juga menyatakan, “Memang benar bahawa Jo Jung Suk dan Gummy merancang untuk menikah pada akhir tahun ini. Walau bagaimanapun, tarikh yang tepat belum ditetapkan dan majlis perkahwinan itu akan diadakan secara tertutup. Kami berharap agar anda terus mendoakan yang terbaik untuk masa depan mereka. “

Jo Jung Suk dan Gummy telahpun bercinta  sejak tahun 2013 dan pada tahun 2015, hubungan mereka telah didedahkan kepada umum. Apabila ditanya tentang satu sama lain, kedua-dua selebriti ini dilihat begitu professional dalam memberikan jawapan malah rakan-rakan rapat seperti Park Jung Hyun sebelum ini pernah memberitahu bahawa kedua pasangan ini saling menghormati serta mengambil berat antara satu sama lain. Sebelum ini, ibu Gummy juga secara positif menerima Jo Jung Suk dan merestui perhubungan mereka berdua menerusi sebuah program TV.

Tahniah kami ucapkan kepada bakal pengantin, Jo Jung Suk dan Gummy.

Sumber : Naver | mydaily | sports.chosun

Komentar

comments