Im Se Mi, Jung In Sun dan Son Ho Jun sertai So Ji Sub dalam drama MBC – Terius Behind Me

Akhirnya terjawab sudah barisan pelakon utama yang akan membintangi drama baru MBC – “Terius Behind Me”. Terius Behind Me merupakan sebuah drama bertemakan spy romantic comedy yang mengisahkan seorang ibu tunggal  Go Ae Rin dan jirannya sebelahnya, Kim Bon.

Terdahulu, So Ji Sub telah menyatakan persetujuannya untuk membintangi drama ini selepas drama terakhirnya “Oh My Venus”, dua tahun lepas. So Ji Sub akan membawakan watak Kim Bon, seorang lagenda agen ops hitam yang berkhidmat di National Intelligence Service (NIS). Jung In Sun pula akan memainkan peranan Go Ae Rin, seorang ibu tunggal yang mendapati dirinya terperangkap dalam misi menyelesaikan konspirasi dengan Kim Bon.

Pada 18 Jun lalu, Son Ho Jun pula menyatakan persetujuan untuk menyertai So Ji Sub dan Jung In Sun. Drama ini akan memperlihatkan buat pertama kali Son Ho Jun melakonkan watak antagonis. Beliau akan membawakan watak Jin Yong Tae, seorang penipu serta dalang kepada semua kejadian misteri yang berlaku oleh Go Ae Rin dan Kim Bon.

Kemudian, pada 19 Jun, Im Se Mi juga bersetuju membintangi drama ini sekaligus menyertai tiga yang lain. Im Se Mi akan membawakan watak sebagai Yoo Ji Yeon, seorang ejen  perisikan di NIS dan turut menyintai Kim Bon dalam diam.

“Terius Behind Me” akan menyatukan penulis skrip “Shopping King Louie” – Oh Ji Young dan PD Park Sang Hoon yang terkenal dengan mini siri ” Romance Full of Life “. Drama ini dijangka akan ditayangkan pada bulan September bagi mengisi slot drama Rabu – Khamis.

Sumber : Naver 1 | Naver 2 | Naver 3

 

Komentar

comments

You may also like...