Betul ke Seungri kini berpacaran? Daesung pula dipilih sebagai pembantu pengajar dibahagian tentera !

Adik bongsu kumpulan Big Bang, Seungri dikatakan kini sedang bertemu janji dengan seorang wanita yang bukan berstatus selebriti. Manakala Daesung pula terpilih sebagai pembantu pengajar di divisyennya.

Pada 15 Jun yang lalu, satu sumber penyiaran menyatakan, “Seungri BIGBANG kini sedang berpacaran dengan seorang wanita bukan selebriti.” Sumber itu menambah, “Perkara ini telah diketahui secara terbuka di kalangan sumber penyiaran.”

Menurut sumber itu, wanita bukan berstatus selebriti itu adalah seorang wanita yang bekerja dipejabat tetapi tahap kecantikannya sama seperti selebriti wanita yang ada.

YG Entertainment mengulas perkara ini dengan menyatakan, “Kami sedang memeriksa untuk mengetahui sama ada ia benar atau sebaliknya.”

Terdahulu, media turut melaporkan Daesung telah dinaikkan pangkat kepada pembantu pengajar. Umum ketahui, T.O.P, G-Dragon, Taeyang dan Daesung kini sedang menjalani khidmat ketenteraan mereka.

Menurut sumber dari jabatan sumber manusia pusat latihan Rekrut di Divisyen 27, Daesung telah dinaikkan pangkat menjadi pembantu pengajar pada 15 Jun lalu. Mereka memberitahu bahawa Daesung secara peribadi telah memohon jawatan tersebut dan menjelaskan, “Pembantu pengajar tidak ditetapkan oleh Bahagian ini, mereka hanya menerima permohonan. Daesung telah memohon dan ditemuduga sebelum ditawarkan jawatan itu. “

Sumber itu terus menerangkan bahawa tingkah laku dan sikap pemohon semasa menjalani tugasnya dari hari ke hari memainkan peranan penting dalam proses pemilihan. Mereka menyatakan, “Dia berada dalam keadaan fizikal yang baik, dan skor latihannya juga sangat baik. Itulah sebabnya dia dipilih. “

Daesung mendaftar pada 13 Mac lalu dan menerima latihan selama lima bulan sebelum ditugaskan ke bahagiannya. Beliau akan menamatkan khidmatnya pada Disember 2019 depan.

Tahniah kepada Daesung! Dan siapakah gerangan wanita bertuah yang berjaya mencuri hati Seungri itu? Marilah kita nantikan pengumuman dari empunya badan.

Sumber : news.nate | Naver 1 | Naver 2

Komentar

comments

You may also like...