/Kelainan yang ditampilkan dalam sekuel ke-3 Let’s Eat

Kelainan yang ditampilkan dalam sekuel ke-3 Let’s Eat

Sekuel ke-3 Let’s Eat tayangan tvN semakin menghampiri tayangan perdananya. Produksi juga berkongsi perkara mengenai kelainan yang ditampilkan dan kenapa ianya perlu ditonton terutama pada peminat siri ini.

Dalam sekuel ke-3 drama popular Let’s Eat ini sekali lagi mengetengahkan Yoon Doojoon yang membawakan watak Goo Dae Young. Goo Dae Young dilabel sebagai Raja Makanan namun dalam siri ke-3 ini, Goo Dae Young yang berusia 30-an mengalami zaman kejatuhannya. Untuk mengembalikan jolokan Raja Makanan, beliau kembali mengkaji hidangan yang hebat dan disukai beliau ketika beliau di usia 20an.

Kali ini Goo Dae Young akan bergandingan dengan bekas rakan sekelasnya iaitu Lee Ji Woo lakonan Baek Jin Hee. Goo Dae Young dan Lee Ji Woo akan menerokai tempat-tempat yang menyediakan makanan yang hebat disamping mengimbau kenangan yang telah mereka lalui dahulu. Keduanya juga akan berkongsi hidangan yang pastinya akan membuatkan perut anda berbunyi.


Musim pertama  drama ini bermula pada tahun 2013 yang mengetengahkan trend individu yang tinggal sendirian dan juga “mukbang” (seseorang menikmati makanan sambil berinteraksi dengan penonton) selain menjadi pilihan serta memenuhi hati penonton dipertengahan musim sejuk dengan mengimbau kembali kehebatan menikmati hidangan bersama.

Musim kedua pada tahun 2015 pula mengisahkan penceritaan yang ringkas dan menyenangkan mengenai kehidupan secara bersendirian dikejiranan sebuah villa. Kali ini, drama ini dirakamkan pada musim bunga di mana penonton di bawa untuk menikmati hidangan global seperti hidangan Thai dan India. Penonton juga di bawa untuk menikmati makanan yang dihidangkan semasa perkhemahan dan juga makanan yang dijual dipasar-pasar.

Kedatangan musim panas kali ini bersesuaian untuk mempersembahkan musim ke-3 drama Let’s Eat. Kali ini, drama Let’s Eat akan menampilkan strategi mereka untuk membawa penonton mengembalikan selera makan yang hilang dek akibat cuaca yang panas. Para penonton boleh melihat hidangan yang akan menjadi pilihan sepanjang musim panas ini dengan persembahan yang menyegarkan dan bertenaga.

Yang pasti menjadi persoalan ramai, bagaimanakah konsep tinggal bersendirian yang akan dipertaruhkan kali ini dan bagaimanakah “mukbang” serta keserasian gandingan baru Yoon Doojoon dan Baek Jin Hee.

Drama “Let’s Eat 3” akan ditayangkan di tvN dan tayangan perdana akan bermula pada 16 Julai depan pada jam 9.30 malam KST, selepas tamatnya drama “About Time”.

Sumber : enews.imbc

Komentar

comments