(Terkini) Ini jawapan pihak ketenteraan kenapa Yoon Doojoon tidak dibenar ke luar negara

 

 

Semalam dilaporkan bahawa Yoon Doojoon tidak dibenarkan menyertai aktiviti di luar negara berikutan penambahbaikan Akta Perkhidmatan Ketenteraan. Hari ini Persatuan Tenaga Kerja Ketenteraan telah memberi maklum balas mengenai perkara ini.

Baca juga : Terikat dengan Akta Khidmat Ketenteraan yang baru, Yoon Doojoon tidak dibenar ke luar negara

Persatuan Tenaga Kerja Ketenteraan telah menjelaskan bahawa pindaan baru terhadap undang-undang perkhidmatan ketenteraan bukanlah sebab mengapa Yoon Doojoon tidak dibenarkan melakukan perjalanan ke luar negara.

Persatuan tersebut telah mengeluarkan kenyataan rasmi dan berkata, “Tidak benar bahawa Yoon Doojoon tidak diberikan permit perjalanan ke luar negara untuk jangka pendek disebabkan oleh peraturan yang diperbaharui mengenai perjalanan di luar negara.”

Mereka juga menjelaskan, “Peraturan permit perjalanan ke luar negara yang diperbaharui adalah penambahbaikan kepada peraturan yang sedia ada kerana permit perjalanan luar negara bagi jangka pendek telah disalahgunakan secara meluas sebagai medium penangguhan pendaftaran tentera. Individu yang berumur antara 25 hingga 27 tahun (28 jika individu itu mendaftar untuk ikuti program kedoktoran, menghadiri pengajian pendidikan, atau menunda pendaftaran) layak mendapatkan permit perjalanan luar negara untuk jangka pendek. “

Disebabkan Yoon Doojoon dilahirkan pada tahun 1989 dan akan berusia 29 tahun, maka dia tidak layak mendapat permit perjalanan ke luar negara.

Persatuan Tenaga Kerja Ketenteraan berkata, “Akan tetapi, jika mendapatkan rawatan disebabkan penyakit, aktiviti kekeluargaan, atau hal-hal yang tidak dapat dielakkan tetapi tidak menghalang kepada tanggungjawab kepada perkhidmatan tentera, maka individu yang berusia lebih daripada 28 boleh mendapatkan permit perjalanan di luar negara.”

Dan terkini agensi Yoon Doojoon; Around Us Entertainment telah mengeluarkan satu lagi kenyataan lanjut berhubung kekeliruan yang terjadi berikutan situasi terkini berkaitan penyanyi serta pelakon tersebut yang dilaporkan tidak boleh meninggalkan Korea.

Berikut adalah kenyataan rasmi Around Us Entertainment;

“Hello. Ini adalah pengurusan Around Us Entertainment.

“Kami memohon maaf kerana kenyataan kami semalam telah menimbulkan kekeliruan kepada para peminat mengenai status Yoon Doojoon yang tidak dibenarkan ke luar negara.

“Yoon Doojoon sebelum ini telah memohon penangguhan kemasukkannya untuk menyertai khidmat ketenteraan atas beberapa sebab. Antaranya Doojoon telah mengalami kecederaan lutut. Selain itu, pindaan Akta Perkhidmatan Ketenteraan baru-baru ini berkaitan penilaian kriteria status ke luar negara bagi  mereka yang layak berkhidmat tetapi menangguhkannya menyebabkan perjalanan beliau ke luar negara menjadi sukar.

“Oleh itu, kami ingin memaklumkan bahawa status Yoon Doo Joon tidak dibenar ke luar negara dan faktor pindaan yang telah dibuat tidak berkaitan sama sekali dengan apa yang dialami beliau saat ini.Selepas ini pihak kami akan memeriksa maklumat dengan lebih terperinci sebelum berkongsi kepada umum.

“Kami memohon maaf lagi kerana telah menyebabkan kekeliruan ramai.”

Sumber : Naver | Around Us Ent

Photo credited to Durebak

Komentar

comments

You may also like...