Terikat dengan Akta Khidmat Ketenteraan yang baru, Yoon Doojoon tidak dibenar keluar negara

Yoon Doojoon selaku ketua kumpulan Highlight tidak akan dapat mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti samada secara solo atau berkumpulan yang  dijalankan di luar negara. Pastinya berita ini akan membuatkan peminatnya di Luar negara berasa sedih. Yoon Doojoon dikhabarkan akan menyertai khidmat ketenteraan sementelah umurnya telah mencecah 30 tahun.

Baca juga : Kumpulan Highlight rancang ‘enlist’ khidmat ketenteraan bersama-sama

Pada 7 Jun, agensi kumpulan Highlight iaitu Around Us Entertainment berkongsi notis rasmi di laman web mereka yang menyatakan bahawa Yoon Doojoon tidak dapat menyertai empat lagi ahli yang lain dalam aktiviti promosi kumpulan itu di luar negara. Hal ini berkaitan dengan pindaan yang dibuat dalam Akta Perkhidmatan Ketenteraan yang menjadikannya sukar untuk meninggalkan Korea.

Berikut adalah pernyataan penuh dari Around Us Entertainment:

“Hello. Ini adalah pengurusan Around Us Entertainment.

“Pertama sekali, kami mohon maaf kerana terpaksa berkongsi berita yang sedih ini.

“Memandangkan terdapat sebahagian pindaan yang dibuat dalam Akta Perkhidmatan Ketenteraan pada 29 Mei 2018, ianya secara tidak langsung menyukarkan perjalanan Yoon Doojoon ke luar negara.

“Oleh itu, Yoon Doojoon tidak akan mengambil bahagian dalam acara Hanoi K-food yang dijadualkan pada 9 Jun dan juga fan-meeting di Bangkok pada 24 Jun.

“Kami memohon kerjasama semua peminat kumpulan Highlight samada di Korea dan di luar negara yang selama ini telah memberikan sokongan kepada kumpulan ini untuk memahami situasi tersebut.

“Bagi mereka yang telah membeli tiket fan-meeting di Bangkok dan ingin membatalkannya, kami akan melakukan yang terbaik dan megikutut segala prosedur untuk memastikan tiada permasalahan yang timbul pada mana-mana pihak termasuk syarikat tempatan yang bertanggungjawab menguruskan acara tersebut.

“Terima kasih.”

Yoon Doojoon akan membintangi drama TVN yang terbaru iaitu “Let’s Eat 3” yang kini sedang menjalani penggambaran. Sebagai maklumat tambahan, semua lelaki  warganegara Korea Selatan yang berumur 18 hingga 35 tahun (termasuk selebriti dan idol K-Pop)  dikehendaki menjalani khidmat ketenteraan selama lebih kurang 21 bulan, bergantung kepada pusat latihan yang telah disenaraikan.

Sebelum ini, Lee Gikwang pernah menyatakan bahawa mereka ingin menjalani khidmat ketenteraan secara serentak.

Sumber : Around Us Entertainment

Photo credited to Melting Planet

Komentar

comments

You may also like...