Lee Seung Gi dan Suzy setuju sertai Shin Sung Rok untuk menghangatkan Vagabond

Akhirnya Lee Seung Gi dan Suzy akan bersatu kembali dalam drama terbaru “Vagabond”.

Pada 5 Jun semalam, sumber terdekat telah mengesahkan bahawa kedua-dua pelakon tersebut akan memegang watak utama dalam drama  “Vagabond.”

“Vagabond” adalah sebuah drama yang bertemakan perisikan, mengisahkan tentang seorang lelaki yang hidup seperti biasa tetapi secara tidak semena-mena terjebak dalam kemalangan yang menyaksikan krisis rasuah sesebuah negara sehingga menyebabkan nyawanya terancam. 

Lee Seung Gi akan memegang watak sebagai Cha Gun seorang stuntman. Cha Gun seorang yang sangat yakin diri, bermuka tembok dan mempunyai 18 tali pinggang hitam dalam pelbagai jenis seni mempertahankan diri. Selepas tertangkap dalam insiden kemalangan pesawat yang tidak terjangka itu, dia nekad mengharunginya untuk mencari kebenaran disebalik konspirasi mengenai kemalangan itu.

Suzy pula akan memegang peranan sebagai ejen Perisikan Kebangsaan, Go Hae Ri. Beliau memutuskan untuk menjadi pegawai awam tahap 7 selepas kematian bapanya untuk menyara ibu dan adik lelaki yang tidak mengetahui betapa kejamnya dunia ini. Walaupun Go Hae Ri ingin bekerja sebagai white agent (seseorang yang bekerja secara terbuka sebagai ejen NIS), akhirnya beliau menjadi salah seorang black agent  (di mana dalam NIS mereka akan berada dalam bahagian pengintipan dan identiti mereka perlu dirahsiakan) melalui satu siri konspirasi.

“Vagabond” menjadi medium buat Lee Seung Gi dan Suzy untuk kembali  bergandingan sejak drama “Gu Family Book” lima tahun lepas. Lee Seung Gi juga akan bekerjasama semula dengan pengarah Yoo In Sik setelah empat tahun menerusi drama “You’re All Surrounded”. empat tahun selepas mereka bekerja di “Anda Semua Dikelilingi” bersama-sama. Dikenali setelah menghasilkan drama “Giant,” “History of the Salaryman,” dan “Incarnation of Money” bersama, pengarah Yoo In Sik dan penulis skrip Jang Young Chul serta Jung Kyung Soon akan bekerjasama sekali lagi untuk “Vagabond.”

Terdahulu, pelakon utama drama ini Shin Sung Rok , akan membawakan watak sebagai pengarah NIS (agen perisikan negara) bernama Kim Tae Woong. Kesemua mereka telah bertemu baru-baru ini untuk sesi bacaan skrip pada 2 Jun lepas.

Sumber dari Celltrion Entertainment, syarikat produksi disebalik drama ini berkata, “Dengan barisan pelakon, pengarah, penulis skrip, dan krew produksi yang bekerja secara langsung, kami akan menghasilkan sebuah drama ‘klasik’ berkualiti tinggi yang belum pernah dilihat untuk beberapa tahun kebelakangan ini. Kami akan menyentuh hati para penonton dengan lakonan yang hebat, pengarahan dan penulisan skrip secara terperinci tanpa meninggalkan apa-apa dari aspek berkaitan pengintipan hinggalah babak aksi, kepada sesuatu kelainan yang tidak dijangka selain detik-detik mendebarkan, dari  melodrama dan humor. “

Dengan kerjasama Sony Pictures yang bertanggungjawab sebagai pihak pengedaran antarabangsa, “Vagabond” mensasarkan untuk tayangan bersama di Korea, Amerika Syarikat, dan Jepun.

Sumber : sports.chosun

Komentar

comments

You may also like...