/Yoon Doojoon dan para pelakon Let’s Eat 3 mula beraksi dengan bacaan skrip

Yoon Doojoon dan para pelakon Let’s Eat 3 mula beraksi dengan bacaan skrip

 

Team “Let’s Eat 3” telah mula beraksi dengan bacaan skrip.

Pada 5 Jun, produksi drama TVN yang akan datang “Let’s Eat 3” mengadakan bacaan skrip dengan para pelakon serta krew produksi.

“Let’s Eat 3” adalah sekuel ketiga untuk drama siri “Let’s Eat” yang mengisahkan Goo Dae Young yang berusia 34 tahun (lakonan Yoon Doojoon), telah mengalami zaman kejatuhan sebagai Raja Makanan.  Beliau harus bersatu dengan Lee Ji Woo (Baek Jin Hee) yang juga dalam bidang yang berkaitan untuk kembali mengunjungi restoran yang telah menyediakan hidangan yang lazat ketika mereka berusia lingkungan 20-an untuk mengembalikan semula Goo Dae Young si Raja Makanan. Antara pelakon lain yang turut hadir untuk bacaan skrip adalah Lee Joo Woo, Woo Yeon, Kim Dong Young, Byung Hun (L.Joe), dan Seo Byuk Joon.


 

Semasa sessi bacaan skrip, Yoon Doojoon berkata, “Saya telah memulakan siri ini buat pertama kali pada lima tahun yang lalu, dan saya amat gembira kerana kami dapat membawa sesuatu yang baru serta menarik untuk dipertontonkan bagi musim ketiga ini. Penggambaran ini akan mengambil masa yang agak panjang iaitu selama 3-4 bulan, jadi saya berharap semua orang akan kekal sihat dan membuat yang terbaik sehingga ianya menjadi sebuah kenangan yang manis. “

Baek Jin Hee pula berkata, “Saya menjadi peminat untuk dua musim pertama dan setia menonton drama inu. Ia satu penghormatan untuk dapat menyertai produksi serta pelakon drama ini dan saya akan bekerja keras untuk berikan yang terbaik.”

 

Krew produksi drama ini turut menyatakan, “Ia adalah sebuah drama yang hangat , menyeronokkan, dan sangat bersesuaian untuk musim panas. Kami akan berusaha keras untuk memastikan penghasilan drama kali ini akan lebih menghiburkan. “

Penulis Im Soo Mi, yang juga telah menulis skrip untuk musim sebelum ini, berkata, “Saya amat berterima kasih kerana telah bertemu dengan beberapa orang yang hebat dan akan bekerja keras untuk menjadikan 16 hidangan yang akan disajikan jadi hebat, mengujakan serta menyelerakan kepada penonton. Saya harap penggambaran drama ini akan berjalan dengan baik tanpa sebaran insiden. “

“Let’s Eat 3” akan disiarkan selepas drama “About Time” tamat pada bulan Julai depan.

Sumber : m.star| sports.chosun

Komentar

comments