/Yeo Jin Goo & Minah Girl’s Day sah kemudi ‘Absolute Boyfriend’, & mungkin disertai Hong Jong Hyun

Yeo Jin Goo & Minah Girl’s Day sah kemudi ‘Absolute Boyfriend’, & mungkin disertai Hong Jong Hyun

Remake drama popular Jepun,  “Absolute Boyfriend” akhirnya telah menemukan teraju utamanya.

Remake drama ini adalah berdasarkan siri manga Jepun yang popular oleh Watase Yuu dengan tajuk yang sama, “Absolute Boyfriend” adalah sebuah komedi romantis mengisahkan tentang robot (android) bernama ‘Night Tenjo’ yang telah diprogramkan untuk menjadi sorang kekasih yang sempurna. Riiko Izawa ialah seorang wanita yang begitu teringin untuk memiliki teman lelaki, dan dia akhirnya memiliki robot tersebut yang dikenali sebagai Night Tenjo. Bagaimanapun, ianya bakal mewujudkan situasi percintaan tiga segi apabila seorang lelaki dipejabat Riiko juga menaruh perasaan terhadapnya.

Pada 30 Mei, sumber dari syarikat pengeluaran drama Apollo Pictures mengumumkan, “Yeo Jin Goo dan Minah Girl’s Day sah menerajui watak utama untuk drama ‘Absolute Boyfriend.'” Minah akan memegang watak sebagai seorang jurusolek  kesan khas Uhm Da Da, yang mana sebelum ini pernah ditawarkan  kepada Song Ji Hyo. Yeo Jin Goo pula akan membawakan watak Young Goo, sebuah robot yang direka untuk menjadi teman lelaki yang sempurna bagi seorang wanita.


Hong Jong Hyun berkemungkinan besar akan memegang watak  seorang pelakon popular Ma Wang Jun, di mana watak ini pernah ditawarkan kepada Chun Jung Myung sebelum ini. Agen Hong Jong Hyun menyatakan, “Benar, beliau akan membintangi drama ‘Absolute Boyfriend’ dan kini dalam proses akhir pembincangan.” Sumber dari Apollo Pictures menjawab persoalan ini dengan menjelaskan, “Tiada keputusan muktamad berhubung dengan kemunculan Hong Jong Hyun kerana ianya masih lagi dalam proses perbincangan. “

“Absolute Boyfriend ” ini bakal ditulis oleh Yang Hyuk Mun (jtbc – Mirror of The Witch) dan diarahkan oleh PD Jung Jung Hwa yang pernah mengarahkan drama yang berkonsepkan sama iaitu tvN Flower Boy Next Door. Sehingga kini, tiada sebarang pengesahan mengenai  bila atau di mana drama “Absolute Boyfriend” akan disiarkan, tetapi penggambaran akan bermula pada awal bulan Julai. Terdahulu, OCN pernah menyuarakan untuk menayangkan drama ini dengan menggunakan tajuk “Romantic Comedy King” tetapi akhirnya drama ini tidak mendapat tempat untuk ditayangkan dirangkaian tersebut.

Sumber : sports.donga | newsen | Newsen2

Komentar

comments