/Song Hye Kyo dan Park Bo Gum jadi kekasih dalam ‘Boyfriend’?

Song Hye Kyo dan Park Bo Gum jadi kekasih dalam ‘Boyfriend’?

Mungkinkah kita dapat saksikan Song Hye Kyo bergandingan dengan Park Bo Gum dalam sebuah drama terbaru? Pastinya sesuatu yang ditunggu-tunggu memandangkan Park Bo Gum merupakan teman baik kepada Song Joong Ki merangkap suami kepada Song Hye Kyo.

Pada 28 Mei, media melaporkan bahawa kedua-dua pelakon tersebut telah ditawar membintangi drama baru berjudul  “Boyfriend”.

Mengulas lanjut perkara ini, agensi Song Hye Kyo menyatakan, “Memang benar Song Hye Kyo telah menerima skrip drama  ‘Boyfriend.’ Namun begitu, Song Hye Kyo masih lagi mempertimbangkan tawaran berkenaan dan tiada apa yang boleh disahkan buat masa ini.”


Agensi Park Bo Gum juga turut berkongsi bahawa aktor itu juga masih lagi dalam perbincangan seperti yang dinyatakan sebelum ini.

“Boyfriend” adalah sebuah drama yang mengisahkan tentang seorang wanita yang mempunyai segala-galanya dengan seorang lelaki biasa dari golongan sederhana di mana ianya dua kehidupan yang berbeza serta bertentangan. Drama ini akan fokus kepada persoalan samada seseorang itu sanggup melepaskan segala kemewahan dan pangkat untuk menjalani kehidupan yang normal.

Song Hye Kyo telah ditawarkan watak  Cha Soo Hyun, seorang anak kepada tokoh politik kerana ayahnya memegang jawatan ahli Dewan Negara, Datuk Bandar Seoul, dan wakil parti politik. Keluarga Cha Soo Hyun memaksanya berkahwin dengan anak seorang hartawan sebaik sahaja dia menamatkan pengajian dari kolej. Namun perkahwinannya berakhir dengan penceraian.

Park Bo Gum pula diberikan peranan Kim Jin Hyuk, seorang lelaki biasa yang bekerja sambilan sambil mencari pekerjaan yang tetap. Dengan wang simpanan hasil dari pekerjaan sambilannya, dia memulakan perjalanan ke luar negara yang  telahpun dirancang selama setahun.

“Boyfriend” dijangka akan disiarkan pada penggal kedua tahun ini.

Sumber : Naver | news.naver | topstar.news

Komentar

comments