/Terima kasih kerana 10 tahun terus bersama kami – SHINee

Terima kasih kerana 10 tahun terus bersama kami – SHINee

Tanggal 25 Mei 2018 genaplah sepuluh tahun SHINee bertapak dalam industri hiburan Korea. SHINEE asalnya dianggotai oleh lima jejaka iaitu : Onew, Key, Jonghyun, Minho dan Taemin di bawah label SM Entertainment. Namun pada Disember 2017, kumpulan ini kehilangan Jonghyun yang telah meninggal dunia. SHINee memulakan perjalanan seni mereka dengan mini album Replay. Dengan penampilan yang menarik, berbakat dalam bidang muzik, nyanyian, serta tarian menjadikan mereka kekal relevant dalam industri hiburan.

Bersempena ulangtahun yang ke-10 ini, kumpulan SHINee telah berkongsi mesej dengan peminat. Antaranya mesej yang dipaparkan di SMTOWN Coex Artium, laman rasmi SHINee di Instagram dan juga mesej dengan tulisan tangan yang dimuatnaik di laman web rasmi mereka.

Mesej yang dipaparkan di SMTOWN Coex Artium menyatakan, “Kami bersyukur kerana telah menghabiskan sebahagian dari kehidupan kami bersama anda semua.  Terima kasih kerana selalu mempercayai kami dan sentiasa menyokong kami tanpa jemu. Kami berharap masa yang anda luangkan buat kami akan menjadikan anda gembira sepertimana ianya begitu berharga buat kami. Terima kasih. Kami tidak akan melupakan setiap momen yang begitu berharga ini dan kami akan terus kuat di masa depan. Kami sentiasa bersyukur dan berterima kasih. Dengan sokongan tanpa henti anda semua, kami akan terus berkarya dan menghiburkan anda.  Terima kasih segalanya, SHINee world. Kami sayang anda.”


Key juga sempat memuatnaik  gambar Lee Soo Man dan ahli SHINee lain yang meraikan ulang tahun ke-10 kumpulan itu di Instagram peribadinya. Instagram rasmi SHINee juga memuatnaik mesej terima kasih kepada para peminat, yang berbunyi, “Kami sangat bersyukur dan berterima kasih kerana anda sentiasa bersama kami. Masa anda buat kami adalah sesuatu yang sangat berharga pada kami. Kami sayang anda .”

View this post on Instagram

#10thanniversary #shinee #smt #wishyouwerehere

A post shared by SHINee KEY (@bumkeyk) on

Instagram rasmi SHINee juga turut berkongsi ucapan dengan peminat

Selain itu, empat ahli SHINee juga menulis ucapan peribadi kepada para peminat dan telah berkongsi menerusi laman web rasmi mereka.

Onew menulis, “Hello, kami telah sampai ke ulang tahun ke-10 kami. Saya bermula ketika umur saya 20 tahun dan kini  usia saya 30 tahun. Masa berlalu dengan cepat dan tempoh 10 tahun  ini bersama anda adalah suatu kenangan yang berharga. Saya berharap kita akan sentiasa bersama untuk mencipta kenangan yang lebih berharga. Terima kasih, kerana terus bersama kami dan setiasa menyayangi kami. Teruskan menyokong kami. “

Key juga turut berkongsi, “Ada banyak perkara yang ingin saya katakan, tapi lebih baik kita berkomunikasi semasa fan meeting kelak!  Selamat menyambut Ulang tahun ke-10! Saya sayang anda. “

Minho pula menulis, “SHINee World !! Shawols kesayangan kami. Masa berlalu begitu cepat, dan kini adalah ulang tahun ke-10 kami. Kami bertemu pada 25 Mei 2008 dan sekarang 25 Mei 2018. Kami mempunyai pelbagai kenangan baik gembira dan juga sedih disepanjang perjalanan kami selama 10 tahun ini. Tiada apa yang boleh saya katakan lagi, cuma terima kasih atas segalanya. Saya berharap kita akan meluangkan lebih banyak masa bersama dengan penuh kegembiraan. Saya sedar saya banyak kekurangan, tetapi saya akan lebih positif dan cuba lakukan yang terbaik untuk anda. Saya akan sentiasa bersama Shawols ~ Teruskan menyokong kami ~~ Terima kasih dan saya sangat menyayangi anda semua. “

Taemin berkongsi, “Hi semua! Ini Taemin. Diam tak diam sudah 10 tahun lamanya sedangkan kami sentiasa berlumba untuk sentiasa di hadapan. Saya selalu membayangkan hari ini pada satu ketika dahulu; masa berlalu dengan begitu pantas. Saya tertanya-tanya bagaimana perasaan anda … Saya fikir anda semua mungkin merasakan emosi yang tidak dapat diterangkan seperti saya, bukan? Saya selalu berkata, ‘untuk anda semua’ berulang kali seolah-olah itu adalah kebiasaan, tetapi saya merasakan bahawa saya sentiasa bergantung dan berharap kepada anda. Jadi, jujur saya katakan, ‘Saya akan bergantung harap kepada anda dari sekarang,’ haha. Saya sangat berterima kasih dan saya sentiasa gembira. Teruskan menyokong saya yang sentiasa cuba menjadi yang terbaik. Saya sangat menyayangi anda semua. “

Sebagai maklumat tambahan, SHINee akan melancarkan album studio keenam mereka pada tiga tarikh yang berasingan, iaitu pada 28 Mei, 11 Jun, dan 25 Jun. Mereka juga akan mengadakan fan meeting pada 27 Mei ini bersempena sambutan ulang tahun mereka ke-10.

Selamat ulang tahun ke-10 untuk SHINee!

Sumber : Shinee.smtown | Twitter SMtown |

Komentar

comments