3 keseronokan yang korang boleh dapat dari drama The Undateables

Tayangan perdana drama “The Undateables” atau “Handsome Guy and Jung Eum” akan disiarkan malam ini di ONE HD (Ch 393)

Pada yang ingin tonton drama yang boleh membuatkan korang seronok, teruja dan gembira kami sarankan drama ini untuk mengisi slot drama Khamis dan Jumaat korang.

“The Undateables” adalah sebuah drama komedi romantis mengenai Kang Hoon Nam (Namgoong Min), seorang lelaki yang mengelak untuk berkomitmen tetapi menganggap dirinya seorang doktor cinta, dengan Yoo Jung Eum (Hwang Jung Eum), seorang wanita yang selalu mengimpikan sebuah percintaan yang sejati namun akhirnya berputus asa kerana realiti tidak semudah bermimpi.

Baca juga : (Update) 9 Kdrama yang korang boleh tonton Mei ini

Kami bekalkan tiga (3) sebab untuk korang kekal tonton drama ini.

1. Reunion antara Namgoong Min dan Hwang Jung Eum selepas tujuh tahun

Selepas berganding menerusi drama Can You Hear My Heart tujuh tahun lepas, pastinya gandingan mereka ini menjanjikan sesuatu yang baru dan segar. Drama CYHMY juga menjadi tanda aras kepada kerjaya mereka sebagai pelakon yang hebat sehinggakan berjaya membina reputasi tersendiri dalam industri lakonan. Mereka juga mempunyai kelompok peminat yang tidak jemu memberikan sokongan kepada mereka.

Dilaporkan bahawa Namgoong Min dan Hwang Jung Eum telah memberikan yang terbaik sepanjang penggambaran drama ini  sehinggakan menerima pelbagai pujian dari krew produksi.

Bersesuaian dengan jolokan “God Goong Min,” Namgoong Min dikatakan  sentiasa fokus  dan bersikap professional sepanjang penggambaran berlangsung. Setelah menghayati watak Hoon Nam yang diberikan, beliau akhirnya berjaya menghidupkan watak Hoon Nam dengan penuh pesona dan berkarisma.

Begitu juga dengan Hwang Jung Eum. Beliau dilaporkan dapat menghayati keseluruhan wataknya.  Beliau membawakan watak Jung Eum yang punya daya tarikan tersendiri, penuh bersemangat dan bertenaga dalam tiga dimensi berbeza.

2. Semua pelakon adalah bintang 

“The Undatables” adalah sebuah drama komedi romantis yang unik yang tidak hanya tertumpu kepada dua watak utama sahaja. Bukan hanya menceritakan kisah Kang Hoon Nam dan Yoo Jung Eum sahaja, bahkan watak-watak tambahan  juga menjadi penguat dan pelengkap plot penceritaan drama ini.

Antara watak tambahan drama ini dilakonkan oleh Choi Tae Joon, Oh Yoon Ah, Jo Dal Hwan, Jung Moon Sung, Nam Kyung Eup, dan Shim Hye Jin, serta beberapa watak-watak baru yang akan muncul dalam setiap episod. Dikatakan kesemua pelakon kelihatan real dan tidak terlalu stereotype. Mereka semua telah dipilih kerana setiap darinya punya kehebatan tersendiri dan berpengelaman sehingga ianya menjadikan drama ini lebih menyeronokkan untuk ditonton.

3. Sebuah drama realistik yang menampilkan cinta antara orang dewasa

“The Undateables” pastinya bukan seperti kisah dongeng tentang seorang lelaki yang mempunyai status tinggi dalam kehidupan dan seorang wanita yang persis watak Cinderella. Sebaliknya, ia mengisahkan seorang lelaki yang percaya bahawa cinta sejati tidak wujud lagi di dunia ini dengan seorang wanita yang seringkali mengimpikan sebuah percintaan yang sejati namun akhirnya pasrah bahawa realiti tidak semudah fantasi.

Drama ini akan mempertontonkan bagaimana dua orang yang berbeza menyatakan bahawa mereka telah berputus asa untuk mencari cinta sejati.  Mereka cuba memahami dan saling belajar sesuatu antara satu sama. Meraka juga sering memberikan kata semangat kerana keduanya dalam proses menemui cinta sejati yang semakin menghampiri.  Ia akan menunjukkan bagaimana mereka yang hanya dewasa dari  sudut usia belajar tentang apakah itu cinta dan bagaimana cinta mengubah mereka.

Apa yang perlu korang lihat ialah bagaimana hati mereka akan berubah dan terbuka untuk menerima kembali cinta. Dapat ditonton juga bagaimana detik-detik menarik membuatkan hati mereka tersentuh sehingga menjadikan mereka lebih matang dan dewasa. Boleh dikatakan drama The Undatables” ini digambarkan sebagai “Fairy Tale for Adults.”

Drama ini juga akan menyiarkan tip-tip percintaan dalam bentuk kapsyen, yang bukan sahaja membolehkan anda untuk mengetahui apa yang akan berlaku di episode berikutnya, malah boleh dipraktikkan serta berguna dalam kehidupan sebenar.

“The Undateables” akan disiarkan di ONE HD (Ch 393) pada setiap Khamis dan Jumaat jam 8.30 malam. The Undateables akan meghiasi slot drama Khamis dan Jumaat korang bermula 24 Mei ini.

Sumber : Naver

Komentar

comments

You may also like...