/Kim Dong Jun ganti Lee Seo Won dalam About Time

Kim Dong Jun ganti Lee Seo Won dalam About Time

 

Pertama kalinya drama baru tvN yang mula bersiaran semalam mengeluarkan gambar Kim Dong Jun, ZE:A.

About Time adalah  sebuah drama romantik fantasi. Ia menceritakan tentang seorang lelaki (Lee Sang Yoon) yang mampu menghalang peristiwa penting akibat kuasa istimewa dimiliki oleh wanita dicintainya, iaitu seorang pelakon muzikal (Lee Sung Kyung) yang boleh melihat “masa kecelakaan” orang lain. Dalam drama ini, Kim Dong Jun memainkan peranan sebagai Jo Jae Yoo, seorang pengarah muzik genius yang tidak pernah gagal dalam hidupnya. Diberi jolokan the Mozart of the musical industry, Jo Jae Yoo seringkali dicemburui oleh orang lain.

Pada asalnya, Lee Seo Won membawakan watak Jo Jae Yoo, tetapi dek kerana isu kontroversi beliau melakukan gangguan seksual telah membawa kepada pengguran beliau dari drama About Time. Tidak lama selepas Lee Seo Won digugurkan, produksi tvN mengumumkan bahawa Kim Dong Jun akan menggantikan pelakon terbabit.


Baca juga : (Terkini) Pelakon Lee Seo Won dituduh lakukan gangguan seksual serta digugurkan dari drama About Time & Music Bank

Foto yang dikongsikan diambil dari adengan di mana Jo Jae Yoo menyaksikan pementasan drama muzikal “Moonlight Romance.” Kelihatan Jo Jae Yoo duduk bersendirian dengan mengenakan hooded sweatshirt dan riak wajah yang kebosanan melihatkan para peserta yang sedang diujibakat.

Riak wajahnya bertukar terpegun apabila menyaksikan persembahan hebat Choi Michaela (Lee Sung Kyung). Adengan ini merupakan permulaan secara rasmi bagi penggambaran Kim Dong Jun untuk drama ini. Perwatakan serta penampilan Kim Dong Jun dilihat sangat bersesuaian dengan watak Jo Jae Yoo. Beliau juga begitu peka dengan permainan ekspresi dan juga body language yang perlu ditonjolkan sehinggakan produksi sangat menyenangi Kim Dong Jun.

Produksi About time turut berkongsi, “Walaupun masa yang agak singkat, penggambaran Kim Dong Jun berjalan dengan lancar di mana pelakon telah menyampaikan wtak Jo Jae Yoo yang sensitif dengan sempurna.” Mereka juga berharap agar penonton dapat menyaksikan bagaimana pembawakan watak kompleks Jo Jae Yoo oleh Kim Dong Jun. Walaupun Jo Jae Yoo adalah seoraang pengarah muzik terbaik, dia juga seorang lelaki yangpertama kali jatuh cinta sehinggakan dia tidak tahu bagaimana perlu menghadapinya.

Baca juga : 9 Kdrama yang korang boleh tonton Mei ini

About Time telah memulakan tayangan perdananya pada semalam, 21 Mei pukul 9.30 malam KST. Drama ini akan mengambil slot drama Isnin dan Selasa di tvN.

Sumber : Naver

Komentar

comments