Yoon Shi Yoon dan Lee Yoo Young jadi hakim untuk drama terbaru SBS

Lee Yoo Young telah mengesahkan akan muncul sebagai watak utama dalam drama baru SBS Dear Judge. Beliau akan digandingkan bersama Yoon Shi Yoon.

Dear Judge akan mengambil slot tayangan selepas drama The Undatetables. Drama yang berkisar badan kehakiman serta perundangan ini akan menjadi sebuah drama yang akan menghubungkan apa yang masyarakat percaya tentang keadilan dan bagaimana keadilan itu dicapai serta dijuangkan diruang perbicaraan.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Yoon Shi Yoon sah membawakan watak utama drama ini. Beliau akan memegang dua watak sebagai Han San Hoo dan Han Kang Wo yang merupakan adik-beradik kembar. Han San Ho merupakan seorang peguam dan kehilangannya secara misteri membuatkan kembarnya Han Soo Hoo akan mengambil alih tugas abangnya.

Pada 18 Mei semalam, sumber dari SBS mengesahkan kemunculan Lee Yoo Young dalam drama Dear Judge bersama Yoon Shi Yoon. Sumber turut menjelaskan bahawa Lee Yoo Young akan membawakan watak sebagai seorang pelajar di institut latihan dan penyelidikan bidang kehakiman yang sangat memandang serius perundangan yang berkait rapat dengan hubungan manusia. Dia kemudiannya berjumpa dengan Han Soo Ho setelah menamatkan latihannya di jabatan Han Soo Ho.

Dear Judge dijangka akan ditayangkan sekitar bulan Julai depan.

Sumber : Naver | OSEN

Komentar

comments

You may also like...