(Update) 9 Kdrama yang korang boleh tonton Mei ini

Annyeong Yorobun!

Bulan Mei ini menyaksikan beberapa drama hebat yang boleh dan perlu korang tonton. Kalau diikutkan memang sukar nak buat pilihan which drama you want to follow . Ada few actors and actresses yang hebat membintangi drama yang mana bersiaran pada bulan yang sama. Jom saksikan drama apa yang boleh korang tonton.

  1. Suits  (KBS)

Suits mengisahkan seorang peguam lagenda hebat; Choi Kyung Seo (Jang Dong Gun) yang berkhidmat di sebuah firma guaman yang terkemuka. Choi Kyung Seo telah mengambil seorang  Go Yeon Woo (Park Hyun Sik) bekerja dengannya. Bagaimanapun Go Yeon Woo bukanlah seorang graduan kolej atau universiti, waima jauh sekali untuk memiliki sijil yang diiktiraf dalam bidang perundangan, tetapi disebabkan beliau seorang genius serta mempunyai daya ingatan yang tajam, beliau ditawarkan bekerja di firma guaman Choi Kyung Seo. Drama ini adalah remake daripada siri popular Amerika Syarikat.

Drama ini disiarkan setiap Rabu dan Khamis di KBS. Suits juga boleh ditonton di saluran 8tv setiap Isnin dan Selasa jam 10.30 malam. Drama ini juga turut disiarkan di saluran ntv7 jam 9.30 malam setiap Rabu dan Khamis

Baca juga : 6 sebab ini kenapa anda perlu tonton drama Suits

2. Greasy Melo / Wok of Love  (SBS)

Greasy Melo atau Wok of Love memperihalkan kisah tentang tukang masak terkenal yang terpaksa berpindah ke restoren cina yang terpencil dan usang.  Chef Seo Poong (Junho) merupakan chef hebat yang bekerja di sebuah restoran masakan cina terbaik. Bagaimanapun,  kariernya semakin malap dan akhirnya bekerja di sebuah restoren masakan cina ditempat terpencil.

Doo Chil Seong (Jang Hyuk) pula adalah seorang penyangak yang baru dibebaskan daripada penjara, pemilik sebuah bangunan dan berubah menjadi tukang masak mengikut acuan tersendiri berpandukan pengalaman sebagai bekas penyangak sebelumnya. DAn Sea Woo (Jung Ryeo Won) pula seorang anak hartawan yang mana mempunyai pengalaman hidup yang sentiasa berubah setelah menikmati semangkuk jajangmyun.

Drama ini telah mula bersiaran sejak 8 Mei lalu di saluran ONE HD (Ch 393) pada setiap Selasa dan Rabu jam 8.10 malam.

3. Lawless Lawyer  (tvN)

Lawless Lawyer adalah sebuah drama bergenrekan legal action thriller. Drama ini mengisahkan seorang peguambela bernama Bong Sang Pil (Lee Junki)  yang akan buat apa saja untuk membalas dendam terhadap ketidakadilan berlaku pada ibunya. Bermula sebagai bekas penyangak, Bong Sang Pil kemudiannya mengambil keputusan menjadi peguam setelah melihat kerjaya berkenaan mampu menjatuhkan mereka berkuasa. Bong Sang Pil berjaya menang beberapa kes sivil menjadikan dia peguambela yang agak ditakuti.

Drama ini mula ditayangkan pada 12 Mei lalu disaluran tvN untuk mengisi slot drama hujung minggu (Sabtu dan Ahad) pada jam 9 malam. Lawless Lawyer juga boleh ditonton di 8tv pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 10.30 malam.

4. Come Here and Hug Me (MBC)

Drama ini berkisarkan tentang kedua-dua lelaki dan wanita  (Jang Ki Yong dan Jin Ki Joo) yang terpaksa hidup dalam takdir yang terikat antara mereka kerana terbabit dalam tragedi pembunuhan pada masa lepas.

Come Here and Hug Me boleh ditonton di Oh!K (Ch 394) pada setiap Khamis dan Jumaat jam 7.50 malam.

5. About Time (tvN)

“About Time” adalah sebuah drama romantik fantasi. Ia menceritakan tentang seorang lelaki (Lee Sang Yoon) yang mampu menghalang peristiwa penting akibat kuasa istimewa dimiliki oleh wanita dicintainya, iaitu seorang pelakon muzikal (Lee Sung Kyung) yang boleh melihat “masa kecelakaan” orang lain.

Drama ini akan akan ditayangkan di tvN setiap Isnin dan Selasa jam 9.30 malam. Episode pertama akan bermula pada 21 Mei ini.

6. Handsome Guy and Jung Eum / The Undateables  (SBS)

Handsome Guy and Jung Eum adalah sebuah drama romantik komedi. Ianya mengisahkan mengisahkan tentang Hoon Nam (Nam Goong Min), seorang lelaki yang dikategorikan sebagai pakar cinta tetapi menolak untuk memberikan komitmen dalam perhubungan. Manakala Jung Eum (Hwang Jung Eum), seorang bekas atlet menyelam yang mempunyai impian untuk bercinta dan berkahwin. Jung Eum akan menjadi dewi cinta di mana dia akan memastikan impiannya itu menjadi kenyataan.

Drama ini akan ditayangkan pada 24 Mei ini dan akan mengisi slot drama Khamis dan Jumaat korang jam 8.10 malam di Astro ONE HD (Ch 393).

7.  Miss Hammurabi (JTBC)

Ber genre kan perundangan, drama ini mengisahkan kehidupan para hakim yang berhadapan dengan pelbagai cabaran serta pertikaian yang perlu mereka selesaikan. Miss Hammurabi bertumpu kepada seorang wanita yang berumur dipertengahan 20an (Go Ara) yang merupakan seorang hakim rookie yang penuh bersemangat dan seorang  lelaki (L) yang merupakan hakim yang sangat tegas.

Drama ini bakal bersiaran di JTBC bermula 21 Mei.

8. Sketch (JTBC)

Drama aksi ini mengisahkan tentang kehidupan detektif. Tunang detektif Kang Dong-Soo (Rain) dibunuh secara misteri. Dia bekerja dengan seorang detektif wanita (Lee Sun-Bin) yang dapat melihat apa yang terjadi 3 hari akan datang. Dia melakar apa yang dilihatnya. Mereka merancang untuk menangkap pembunuh itu. Kim Do-Jin (Lee Dong-Gun) adalah bekas anggota pasukan khas dimana isterinya yang hamil terbunuh dan dia merangcang untuk membalas dendam.

Sketch akan bersiaran setiap Jumaat dan Sabtu jam 11 malam. Episode pertama akan ditayangkan pada 23 Mei ini di saluran JTBC.

9. Mistress (OCN)

Mistress adalah sebuah drama mystery thriller yang akan menceritakan kisah empat wanita yang setiapnya mempunyai rahsia berkaitan kes pembunuhan. Ia adalah sebuah drama remake dari siri “Mistresses” yang disiarkan di BBC pada tahun 2008 dan ABC pada tahun 2013. Ia akan menggabungkan pelbagai kisah hidup dari empat wanita (Han Ga In, Choi Hee Seo, Goo Jae Yee dan Shin Hyun Bin) yang telah menjumpai mayat seorang lelaki. Gabungan kisah kehidupan mereka akhirnya menjadi sebuah penceritaan yang lengkap dan ianya pengalaman buat rangkaian OCN dalam menghasilkan drama misteri dan thriller menjadi siri baru yang menarik.

Oleh kerana drama ini berubah kategori dari R-rating bagi dua episod pertama di mana ianya sesuai untuk penonton yang berumur 15 tahun dan ke atas sahaja, drama ini akan lebih memberikan fokus kepada aspek misteri serta thiller. Mistress disiarkan setiap hujung minggu pada pukul 10:20 malam di OCN.

Baca juga : Apa yang menarik dengan drama OCN – Mistress

Selamat menonton korang! Pastikan korang tuned in ASTRO ONE HD (Ch 393) dan OH!K (Ch 394) yang sentiasa membawakan drama-drama serta hiburan terbaik Korea.

Komentar

comments

You may also like...