/Selepas 5 tahun, Yoon Eun Hye kembali dengan drama terbaru

Selepas 5 tahun, Yoon Eun Hye kembali dengan drama terbaru

Akhirnya Yoon Eun Hye kembali menghiasi kdrama.

Pada 16 Mei (semalam), sumber dari agensi pelakon terbabit telah mengesahkan kemunculannya dalam sebuah drama terbaru berjudul Love Watch.

Terdahulu, pada 24 April lepas, OSEN melaporkan Yoon Eun Hye dalam proses mempertimbangkan untuk membintangi  drama yang diadaptasi dari novel popular – Love Watch.

Love Watch adalah karya novelis Seo Han Kyul. Love Watch mengisahkan perhubungan antara dermatologi yang menjadi idaman para gadis tetapi sayangnya dia tidak berminat untuk ada komitmen dengan seorang pelakon terkenal yang sentiasa terjebak dalam isu skandal sejak debut pertamanya.

Drama terakhir lakonan Yoon Eun Hye adalah menerusi Marry Him If You Dare pada tahun 2013. Beliau bagaimanapun pernah membuat penampilan dalam sebuah rancangan tvN – Dear My Human yang menampilkan haiwan peliharaan tahun lepas. Jika anda rindukan lakonan Yoon Eun Hye, anda boleh saksikan drama lakonan beliau antaranya Marry Him If You Dare, Coffee Prince, Goong, Lie To Me dan I Miss You.

Sumber : sedaily | OSEN | Naver

Komentar

comments