/Jom sertai Quiz On Korea dan uji pengetahuan anda!

Jom sertai Quiz On Korea dan uji pengetahuan anda!

Annyeong Yorobun!

Kami tahu ramai rakyat Malaysia sangat sukakan Korea dari pelbagai aspek seperti sejarah, hiburan, makanan, tradisi dan banyak lagi. Kami juga tahu segelintir daripadanya menjadikan negara Korea ibarat kampung halaman kedua mereka.

Jadi, apa kata anda uji pengetahuan dari segi sejarah hinggalah budaya kontemporari Korea termasuk dari aspek bahasanya. Tak susah, cuma daftarkan diri anda untuk menyertai 2018 Quiz On Korea. Bila lagi anda nak nilai level serta mempertontonkan kepada umum tentang pengetahuan anda tentang Korea. Pertandingan ini bertaraf antarabangsa kerana peserta yang menang akan mewakili Malaysia ke peringkat akhir yang akan dilakukan di Korea.

Pendaftaran untuk menyertai 2018 Quiz on Korea akan ditutup pada 25 Mei ini. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini sambil menimba pengalaman baru. Penyertaan boleh dibuat menerusi  https://goo.gl/forms/pTxUEY95L7oSh8H03 !

Pusingan awal akan diadakan pada 7 June 2018 di Kedutaan Republik Korea. Manakala pusingan seterusnya diperingkat Malaysia akan diadakan pada 30 June 2018 di Experiment Theater, Taylor’s Lakeside University.


Eligibility

  1. 18 years and above
  2. Applicants or applicant’s first-degree relatives who currently hold or had held Korean citizenship in the past are NOT eligible to participate. 
    ★ Except Overseas Koreans and their first-degree relatives.
  3. Applicants must be available to travel and stay in Korea for approximately a week between late-August and early September 2018. 

Contest Mechanics (Language used: English & Korean)

1st Preliminary: Multiple-choice Test

Malaysia Preliminary: Q&A Quiz *Golden Bell Quiz format

Jom tonton clip ini untuk mendapatkan gambaran tentang format Golden Bell Challenge

Apa yang menarik?

Pemenang diperingkat Malaysia akan layak ke peringkat akhir yang akan diadakan di Korea dan segala kos akan ditanggung. Pusingan akhir Quiz on Korea akan dirakam di studio KBS Seoul, dan disiarkan di KBS dan KBS World.

Rebut peluang ini untuk menguji pengetahuan anda mengenai budaya Korea!

The winner of the Malaysia Preliminary will receive an all-expenses paid trip to Korea to participate in the final round, representing Malaysia. The final round of Quiz on Korea will be filmed at the KBS studio in Seoul, and aired on KBS and KBS World

Seize this opportunity to showcase your knowledge on Korean culture!

Komentar

comments