Selamat menjalankan khidmat ketenteraan Sunggyu INFINITE

Sunggyu, ahli pertama kumpulan INFINITE yang memulakan khidmat ketenteraannya. Pada jam 1.15 petang semalam (14 Mei 2018) beliau telah melaporkan diri di pusat latihan 22nd Infantry Division.

Menurut laporan, Sunggyu telah menyatakan hasratnya untuk melaporkan diri secara tertutup. Oleh yang demikian, beliau tidak menolak untuk ditemuramah. Sunggyu berkesempatan melambaikan tangan kepada para peminatnya seraya mengucapkan terima kasih sebelum memasuki pusat latihan tersebut.

Sunggyu mendaftarkan diri di pusat latihan dengan hanya ditemani oleh wakil dari Woollim Entertainment kerana ahli-ahli INFINITE yang lain kini berada di Rusia untuk sebuah program.

Mengetahui akan pendaftaran Sunggyu melaporkan diri mengikuti khidmat tenteranya, teman karibnya Bora telah memuat-naik foto mereka berdua yang di ambil pada tahun 2016. Bora turut berkongsi kapsyen yang menyatakan, Saya pasti akan mengunjungi awak nanti, Sunggyu. Jaga diri dan semoga sihat selalu. Jom ke suatu tempat yang tenang seperti dulu ketika awak bercuti kelak!! “

Sunggyu akan menjalani latihan asas selama lima minggu sebelum meneruskan perkhidmatan tugas aktif selama lebih kurang 20 bulan. Selamat berkhidmat Sunggyu. Pastinya ahli kumpulan INFINITE yang lain merindui abang mereka ini.

Sumber : xportsnew

Komentar

comments

You may also like...