/Suzy & Lee Seung Gi dalam perbincangan, manakala Moon Chae Won sah sertai Yoon Hyun Min

Suzy & Lee Seung Gi dalam perbincangan, manakala Moon Chae Won sah sertai Yoon Hyun Min


Suzy dan Lee Seung Gi mungkin berlakon bersama selepas Gu Family Book

Pada 8 Mei, sebuah saluran berita melaporkan bahawa Suzy telah ditawarkan untuk membintangi drama terbaru SBS – Vagabond.

JYP Entertainment selaku agensi pengurusan Suzy turut mengulas perkara tersebut, “Vagabond merupakan salah satu projek yang sedang dipertimbangkan olehnya dan setakat ini tiada sebarang perkembangan yang telah diputuskan”. Sebelum ini juga, Suzy mendedahkan bahawa beliau turut mempertimbangkan tawaran berlakon bersama dengan Park Bo Gum.

Bagi drama “Vagabond,” Suzy akan melakonkan watak sebagai  Go Hae Ri, ejen Perisikan Negara. Go Hae Ri  merupakan anak perempuan Go Kang Chul, leftenan pasukan Marin, dan selepas kematiannya, dia memutuskan untuk menjadi seorang pegawai atasan (Level 7) bagi menjalankankan tanggungjawabnya kepada keluarga.

SBS-Vagabond  yang bertemakan perisikan, berkisarkan tentang seorang lelaki yang hidup seperti biasa tetapi secara tidak semena-mena terjebak dalam kemalangan yang menyaksikan krisis rasuah sesebuah negara sehingga menyebabkan nyawanya terancam. Skrip drama ini akan ditulis oleh Jang Young Chul (Giant, Monster) dan Jung Kyung Soon (Giant) serta akan diarahkan oleh  Yoo In Shik ( You’re All Surrounded, Romantic Doctor Kim).

Baca juga : Drama termahal SBS “Vagabond” menawarkan Lee Seung Gi dan Shin Sung Rok bersama?

Shin Sung Rok telah disahkan untuk membintangi drama itu, manakala Lee Seung Gi masih lagi dalam perbincangan. Sekiranya Suzy dan Lee Seung Gi menerima tawaran ini, mereka akan disatukan semula selepas lima tahun menerusi drama Gu Family Book.

SBS – Vagabond akan memulakan bacaan skripnya pada bulan ini dan bakal ditayangkan sekitar setengah tahun kedua 2018.

Moon Chae Won sah sertai Yoon Hyun Min dalam drama fantasi moden

Pada 9 Mei, sumber dari OSEN melaporkan bahawa Moon Chae Won telah  menyatakan persetujuannya untuk muncul dalam drama terbaru – Gyeryong Goddess.

Drama ini sedang dibincangkan untuk tayangan di TVN. Drama adaptasi dari webtoon yang bergenrekan Comic Fantasy,  akan mengisahkan tentang pari-pari berusia 699 tahun yang telah hidup di zaman Dinasti Goryeo dan Joseon. Drama ini akan merungkapkan rahsia sepanjang pari-pari tersebut menemui calon-calon suami ketika dia bekerja sebagai seorang barista. Watak ini akan dibawakan oleh Moon Chae Won.

Sebelum ini, Kang Sora telah ditawarkan membawa watak utama, tetapi beliau terpaksa menolak ekoran pertindihan jadual. Akhirnya Moon Chae Won setuju bintangi drama ini disamping Pelakon  Yoon Hyun Min yang akan membawakan watak sebagai  profesor biologi Jung Yi Hyun.

Projek ini dihasilkan oleh JS Pictures, yang diarahkan oleh Kim Yoon Chul (My Name Is Kim Sam Soon, Woman of Dignity), dan ditulis oleh Yoo Kyung Sun. Drama terakhir lakonan Moon Chae Woon adalah menerusi drama tvN – Criminal Minds bersama Lee Joon Gi.

Sumber : Naver | Newsen | OSEN | Naver

Photo credit as stated

Komentar

comments