/Lee Si Young bersedia beraksi kembali bersama Ji Hyun Woo untuk drama baru MBC

Lee Si Young bersedia beraksi kembali bersama Ji Hyun Woo untuk drama baru MBC

Selepas melahirkan anak pertamanya pada Januari lepas, Lee Si Young bersedia untuk beraksi depan kaca tv.

Pada 2 Mei, sumber MBC memberitahu, “Lee Si Young dan Ji Hyun Woo disahkan membintangi drama ‘Life-and-Death Romance’.”

“Life-and-Death Romance” adalah sebuah drama romantik perubatan mengisahkan antara pakar bedah dan ahli endokrinologi. Sebelum ini, Lee Yo Won dilaporkan dalam mempertimbangkan untuk membawakan watak utama.


Ini juga merupakan projek terbaru Lee SI Young selepas cuti bersalin. Lee Si Young dan Ji Hyun Woo pernah digandingkan bersama menerusi drama KBS- Becoming a Billionaire disamping Nam Goongmin serta Lee Bo Young pada tahun 2010. Nampaknya selepas lapan tahun mereka kini digandingkan kembali.

“Life-and-Death Romance” akan memulakan siaran perdananya pada bulan Julai depan selepas tamatnya drama “Partners for Justice.”

Sumber : Naver | OSEN

Komentar

comments