/“Selamat tinggal SM Entertainment,”- Henry

“Selamat tinggal SM Entertainment,”- Henry

Henry akan membawa haluannya sendiri selepas sedekad bersama SM Entertainment.

Pada 30 April, SM Entertainment memberitahu,”Kontrak eksklusif Henry telah tamat baru-baru ini dan kami mengakhirinya dengan suasana yang baik.”

Henry merancang untuk menubuhkan agensi pengurusan sendiri bagi memudahkan segala aktiviti seninya diuruskan dengan baik.

Henry memulakan kerjaya seninya pada bulan April 2008 melalui Super Junior-M dan memilih untuk tampil sebagai penyanyi solo pada tahun 2013. Henry juga aktif menyertai pelbagai variety shows.

Sebelum itu, jom saksikan secara live Henry Lau menyanyikan lagu It’s You dari runut bunyi drama While You Were Sleeping.

sumber : Naver

Komentar

comments