/Kim Ji Won & Song Joong Ki mungkin kembali berganding dalam drama terbaru tvN

Kim Ji Won & Song Joong Ki mungkin kembali berganding dalam drama terbaru tvN

Mungkin kita bakal menyaksikan  kembali Kim Ji Won dan Song Joongki bergadingan dalam drama terbaru.

Pada 29 April, sumber dari King Kong oleh Starship Entertainment berkata, “Kim Ji Won menerima tawaran drama baru tvN Asadal dan kini dalam mempertimbangkan tawaran tersebut.”

Baca juga : Apakah Lee Jong Suk dan Kim Ji Won kembali bergandingan selepas High Kick 3?

Song Joong Ki juga ditawarkan untuk membintangi drama yang berkisarkan sejarah ini namun tiada sebarang perkembangan lanjut dari pihak pelakon berkenaan.

a

Kim Ji Won dan Song Joong Ki sebelum ini pernah muncul berdama menerusi drama popular KBS Descendants Of The Sun disamping Song Hye Kyo serta Jin Go

Kim Ji Won kini sedang dalam proses mempertimbangkan semula tawaran untuk bintangi drama terbaru Netflix – See You Again disamping Lee Jong Suk. Mereka juga bergandingan kembali setelah tujuh tahun selepas High Kick 3 sekiranya kedua-dua pihak bersetuju menerima tawaran tersebut.

Sumber : xportsnews

Komentar

comments