Song Ji Hyo dan Park Shi Hoo mungkin bintangi drama terbaru KBS

Selepas menolak untuk membintangi drama remake Jepun, Absolute Boyfriend, kini Song Ji Hyo ditawarkan pula membintangi drama terbaru KBS bersama aktor Park Shi Hoo.

Pada 27 April hari ini, agensi Song Ji Hyo, MY Company telah mengesahkan bahawa pelakon itu sedang mempertimbangkan watak utama untuk drama akan datang yang berjudul Lovely Horribly. Agensi tersebut memberitahu media Newsen, “Song Ji Hyo telah ditawarkan untuk membintangi drama KBS -Lovely Horribly dan kini dalam proses penelitian tawaran tersebut .”

Pada awal bulan April, KBS memberitahu bahawa pelakon Park Shi Hoo telah ditawarkan sebagai watak utama dalam drama itu. Sumber di rangkaian penyiaran berkenaan turut memberitahu Star Today bahawa Park Shi Hoo juga kini dalam proses mempertimbangankan tawaran untuk membintangi drama terbaru KBS-Lovely Horribly.

Lovely Horribly akan mengisahkan seorang penulis skrip yang berunsurkan misteri di mana akhirnya plot skrip tersebut berlaku dalam kehidupan sebenar. Song Ji Hyo kini sedang mempertimbangkan untuk membawakan watak seorang penulis skrip yang boleh menjangkakan apa yang bakal terjadi kelak , manakala Park Shi Hoo sedang berbincang untuk memainkan watak sebagai pelakon A-list yang mengalami trauma akibat kejadian penculikan. Drama ini dijangka akan disiarkan pada bulan Ogos depan.

Sekiranya Song Ji Hyo bersetuju menerima tawaran ini, ia akan menjadi  drama pertama beliau dalam tempoh lima tahun selepas membintangi drama Mandate of Heaven: The Fugitive of Joseon.

Sumber : newsen | star.mk

Komentar

comments

You may also like...