/Ini Pasangan KDrama Noona-Dongsaeng Pilihan Netizen Korea

Ini Pasangan KDrama Noona-Dongsaeng Pilihan Netizen Korea

Terdapat beberapa gandingan dalam drama Korea yang berjaya membuktikan umur hanyalah pada angka sahaja dan ia sedikit pun tidak menunjukkan ianya adalah kesalahan besar apabila gandingan tersebut mempunyai perbezaan umur. Antara gandingan paling terkini dari kelompok yang lebih dikenali Noona-dongsaeng Couple adalah pasangan dari drama JTBC -“Pretty Noona Who Buys Me Food” lakonan Son Ye Jin dan Jung Hae In.

 

Satu kaji selidik telah dijalankan oleh syarikat PMI yang menjalankan penyelidikan secara dalam talian baru-baru ini. Mereka menyasarkan netizen yang berusia lingkungan 20-an hingga 50-an, untuk memilih pasangan drama terbaik dari kalangan gandingan Noona-Dongsaeng. Kaji selidik ini tidak termasuk drama “Pretty Noona Who Buys Me Food” lakonan Son Ye Jin dan Jung Hae In kerana drama ini masih dalam tayangan.

“Song-Song Couple” mendahului ditempat pertama menerusi drama KBS – Decendants Of The Sun yang ditayangkan pada tahun 2016 dengan 32.3 peratus undian.  Gandingan serasi Song Joong Ki dan Song Hye Kyo berjaya menambat perhatian segenap penonton kerana lakonan mereka nampak begitu semulajadi sehinggakan hubungan keduanya berkembang diluar set pengambaran. Pasangan tersebut akhirnya telah berkahwin pada Oktober 2017 biarpun perkembangan hubungan cinta mereka tidak diketahui secara umum.

Walaupun sudah hampir 13 tahun sejak  drama ini disiarkan, namun masih ramai yang mengingati pasangan ikonik Kim Sun Ah dan Hyun Bin menerusi drama “My Name is Kim Sam Soon.” Pasangan ini berjaya mendapat 19.3 peratus undian dan menjadikan mereka berada ditempat kedua bagi pasangan Noona-Dongsaeng yang paling popular. Drama ini telah mencecah rating tertinggi melebhi 50 peratus dan masih lagi menjadi pilihan ramai sehingga hari ini.

Watak mereka di dalam drama ini juga menunjukkan mereka mempunyai perbezaan umur sembilan tahun. Namun begitu, ianya sedikit pun menghalang gandinganLee Bo Young dan Lee Jong Suk menempatkan mereka berada ditempat ketiga dengan 8 peratus undi menerusi drama SBS – “I Hear Your Voice”.

Berada ditempat keempat ialah gandingan Joo Won dan Moon Chae Won dari drama KBS2 -“Good Doctor” serta pasangan Go Hyun Jung dan Jo In Sung dari drama TVN – “Dear Friends” di tempat kelima.

Jadi, siapakah pilihan kegemaran Noona-Dongsaeng anda?

Sumber : mydaily

Komentar

comments

loading...