/Lee Jong Suk, dari A-Man, program amal dan mulakan pengambaran Death Song

Lee Jong Suk, dari A-Man, program amal dan mulakan pengambaran Death Song

Lee Jong Suk kini memiliki agensi pengurusannya sendiri!

Berikutan kisah Lee Jong Suk tidak memperbaharui kontraknya bersama YG Entertainment, kini beliau mengorak langkah dengan menubuhkan agensi bagi menguruskan segala aktivitinya. Agensi pengurusan Lee Jong Suk  ‘A-Man’ kini menjadi rakan kongsi kepada YNK Entertainment.

Menurut sumber agensi YNK Entertainment, mereka telah menandatangani kontrak pengurusan dengan Lee Jong Suk.  “Bersama A-man, agensi pengurusan yang ditubuhkan Lee Jong Suk,  kami akan bertanggungjawab untuk segala aktiviti domestik pelakon tersebut,” kata YNK.

Lee Jong Suk menderma 100 juta won

Menurut international aid and development organization Good Neighbors pada 12 April lalu,Lee Jong Suk telah menderma sebanyak 100 juta won (sekitar $ 93,300) untuk membantu krisis kewangan yang dihadapi keluarga dan kanak-kanak di Korea.

Awal tahun ini, Lee Jong Suk telah mengadakan pameran dan bazar berjudul “Dream With Us” sebagai tanda ulang tahun penampilannya yang ke-8. Beliau telah memulakan bazar itu sendiri dalam tempoh setahun, dengan menjual aksesori, kasut, dan pakaian miliknya untuk menjana kewangan program amal tersebut.  Beliau turut mengambil bahagian dalam projek seni kebajikan “W Project” bersama beberapa kenalan dan pereka, pengarah kreatif, dan pelakon pada tahun 2016. Sumbangan bernilai 100 juta won ini termasuk kutipan dari projek amal serta sumbangan peribadinya sendiri.

Dari bermulanya program bazar amalnya, Lee Jong Suk telah menyatakan keinginannya untuk menggunakan hasil kutipan untuk memberi manfaat kepada kanak-kanak yang memerlukan bantuan. Derma ini akan disalurkan kepada projek  “Human Documentary Love Plus”, iaitu projek bersama antara Good Neighbours dan MBC Dramanet yang bertujuan untuk memberi manfaat kepada kanak-kanak dan keluarga di Korea yang menghadapi krisis dengan membantu dari segi kos rawatan perubatan, perumahan, dan pendidikan.

Hwang Sung Joo, pengarah jabatan pemasaran di Good Neighbors, menyatakan, “Kami sangat berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh Lee Jong Suk dan peminatnya kepada kami. Melalui perkhidmatan kebajikan khusus, kami akan berusaha untuk membantu kanak-kanak yang berdepan dengan krisis  kemiskinan dan yang memerlukan rawatan perubatan. “

Mula pengambaran Death Song

Lee Jong Suk kini dilaporkan sedang menjalani penggambaran drama ‘Death Song’ bermula 15 April lalu. ‘Death Song’ dibintangi oleh Shin Hye Sun, Lee Sang Yeob, Park Sun Im dan beberapa pelakon lain. Lee

Lee Sang Yeob akan membawakan watak sebagai tunang Yun Sim Deok, manakala pelakon rookie Park Sun Im dari “Bravo My Life” pula akan muncul sebagai isteri supermodel Lee Jong Suk.

“Death Song” adalah drama dua siri mengenai kisah cinta tragis antara soprano terkenal Yun Sim Deok (yang dimainkan oleh Shin Hye Sun) dan penulis drama genius Kim Woo Jin (dimainkan oleh Lee Jong Suk). Yun Sim Deok, adalah seorang soprano yang telah mengeluarkan lagu dengan judul yang sama pada tahun 1926. Drama ini juga akan menampilkan karya-karya terkenal Kim Woo Jin kepada orang ramai.

Drama ini dijangka bakal disiarkan pada penghujung tahun ini.

Sumber : NaverNaver   

Photo kredit kepada instagram Lee Jong Suk @ jongsuk0206

 

Komentar

comments